Mobile Legends
BOSSKURR CUP: Maharaja Soloz, Fredo mungkin akan sertai menerusi pasukan All-stars

KUALA LUMPUR – Piala Amal Bosskurr (Bosskurr Cup) yang akan disertai beberapa pasukan dalaman organisasi e-sukan popular tanah air, Team Bosskurr dijangka akan mengadakan satu jemputan khas kepada pasukan Boss Allstar.
Menurut pengurus Team Bosskurr, Nureddy Nursal (Daddyhood) pasukan Boss Allstar ini terdiri daripada Soloz, Fredo, Obot dan Gripex.
Namun menurut Daddyhood, ketika ini pihaknya masih melakukan persiapan terakhir untuk penganjuran Bosskurr Cup dan setiap maklumat rasmi akan diumum kelak.
BACA: BOSSKURR CUP: Sasaran tajaan RM20k, ketika ini berjaya kumpul RM14k
Sebelum ini 8 pasukan Bosskurr disahkan bakal menyertai liga tersebut iaitu:
- Team Bosskurr
- Boss Axis
- Boss Bangsawan
- Boss JB
- Boss NV
- Boss Rusuh
- Boss Sonia
- Honey Juana Clan
Sementara itu, tiga pasukan jemputan turut mengesahkan akan menyertai Bosskurr Cup, iaitu:
- Red Esports
- Moonchild
- Godz
Bosskurr Cup dijangka akan berlangsung pada minggu hadapan.