Connect with us

Mobile Legends

MPL: Sasa gembira bersama ONIC, hargai sokongan peminat Malaysia

Published

on

Foto: Instagram / Sasa

PEMAIN profesional Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) bagi pasukan Indonesia ONIC Esports, Lu Khai Bean (Sasa) melahirkan rasa kesyukuran kerana masih dapat beraksi dengan pasukan itu.

Sasa berkata dia mahu mencuba sebaik mungkin pada Liga Profesional (MPL) Indonesia pada kali ini.

“Saya sangat gembira bersama dengan ONIC Esports yang merupakan salah satu pasukan e-sukan gergasi di Asia Tenggara.

“Kami akan berikan yang terbaik dan bawa pulang trofi MPL kali ini.

“Bagi peminat di Malaysia, terima kasih kerana terus memberi sokongan kepada saya. Sokongan anda sangat bermakna kepada saya,” kata Sasa kepada What’s The Meta Today.

Sasa sebelum ini dinobatkan sebagai Pemain Terbaik pada Piala Asia Tenggara (MSC) 2019.

ICYMI: Bisa Onic Esports “tiada ubatnya”, bawa pulang RM281,000

https://www.facebook.com/wtmtoday/videos/1292071084288869/

Pada kejohanan itu, ONIC Esports muncul sebagai juara selepas menang 3-0 pada final.

Selain itu, Sasa turut berkongsikan beberapa tips bagi mereka yang memilih untuk menjadi profesional dalam arena kompetitif Mobile Legends.”

“Jika anda mahu menjadi pemain pro, terus optimis dan berlatih. Saya berharap dapat bertemu dengan anda pada perlawanan akan datang,” kata Sasa.

Sasa bersama ONIC Esports kini sedang berentap dalam MPL Indonesia Musim Kelima yang menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak 4 billion rupiah iaitu kira-kira RM1.2 juta.

MPL Indonesia merupakan satu kejohanan terbesar dan paling berprestij bagi kategori mudah alih di Asia Tenggara.

Pada musim MPL Indonesia kali ini, Moonton komited untuk meluaskan lagi akses untuk menonton liga tersebut kepada beberapa platform termasuk media tradisional.

MPL Indonesia akan disiarkan secara langsung di Facebook, Nimo TV, Facebook dan sekurang-kurangnya 16 perlawanan di kaca televisyen tempatan, Elshinta TV.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved