Connect with us

Mobile Legends

MPL: Kepimpinan Veki semakin terserlah, pemindahan Laphel beri kelebihan kepada Axis – Matthew EVOS SG

Published

on

Foto: MPL MY/SG

KUALA LUMPUR – Berikutan beberapa rombakan besar yang melibatkan beberapa pasukan utama Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) tanah air, pengurus EVOS SG, Matthew Chen menyifatkan ia satu keputusan yang tepat.

Matthew berkata pasukan Geek Fam dilihat mempunyai satu barisan pemain yang sangat kukuh apabila mengambil kembali Artz yang dilihat memberi impak kepada kemenangan MPL musim ketiga yang lalu.

“Saya juga rasa kepimpinan Ozoraveki semakin menyerlah dan akan membantu Geek Fam pergi lebih jauh.

“Mereka juga ada pemain-pemain berbakat seperti Dominus dan Xorn yang semestinya memperlihatkan Geek Fam sebagai satu pasukan yang digeruni,”kata Matthew kepada What’s The Meta Today.

Matthew turut mengulas pemindahan penganalisis, Aiman Kamal (Laphel) ke pasukan Axis Esports sebagai satu perkara yang sangat menarik

Jelasnya, dia begitu yakin Laphel akan membawa lebih banyak ilmu dan pengalaman yang dia peroleh terutama selepas kejohanan Sukan SEA 2019.

“Saya sangat suka perubahan yang dilakukan dalam kedua-dua pasukan Bosskurr.

“Mereka dilihat menggunakan pendekatan gabungan pemain-pemain muda dan pemain yang berpengalaman.

“Saya rasa ini akan meningkatkan lagi ‘kehausan’ mereka untuk memenangi MPL dalam kedua-dua pasukan,” kata Matthew.

Sementara itu, Matthew turut memberi pandangannya mengenai Todak yang mengekalkan kesemua pemainnya.

“Itu keputusan sangat bijak kerana mereka mempunyai sinergi antara satu sama lain dan pastinya Todak mempunyai dilihat sangat bersemangat untuk memenangi MPL kali ini selepas persembahan yang cukup menarik pada kejohanan dunia M1,” kata Matthew.

MPL Malaysia dan Singapura Musim 5 merupakan liga utama untuk Mobile Legends bagi kedua-dua negara ini. 

Liga ini merangkumi peringkat kelayakan dan Musim Liga yang berlangsung dalam talian, diikuti dengan acara secara langsung playoffs di mana lapan pasukan terakhir akan bertempur untuk berkongsi hadiah terkumpul bernilai  kira-kira RM410,000. 

Pusingan kelayakan Malaysia akan bermula dari 7 hingga 9 Februari 2020, manakala pusingan kelayakan Singapura akan berlangsung dari 15 hingga 16 Februari 2020. 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved