Connect with us

Mobile Legends

[EKSKLUSIF]: Bob ICON sertai Red Phoenix

Published

on

Foto: Facebook / Bob

KUALA LUMPUR – Pemain kompetitif Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends) tanah air, Muhd Farid Abdullah (Bob) dari pasukan ICON sah menyertai organisasi e-sukan Red Esports, menerusi skuad Red Phoenix.

Pengasas Red Esports, Anne Raihan berkata penyertaan Bob itu melengkapkan barisan pemain Red Phoenix ketika ini.

“Red Phoenix kini terdiri daripada kombinasi pemain yang perngalaman dan pemain baharu yang saya menyifatkan potensi setiap daripada mereka boleh pergi jauh dalam arena kompetitif Mobile Legends.

“Setiap pasukan memang akan mensasarkan kemenangan namun apa yang paling penting bagi saya adalah usaha dan semangat sebagai seorang pemain profesional yang perlu sentiasa membara untuk terus ke hadapan.

“Saya percaya pemain yang bekerja keras, ada tempatnya dalam gelanggang maya yang dilihat sangat kompetitif,” kata Anne kepada What’s The Meta Today.

Berikut adalah senarai penuh pemain Red Phoenix yang akan menyertai pusingan kelayakan MPL pada minggu ini:

  • Ahmad Irsyad Ahmad Azuarrul Saini (Syad)
  • Kelvin Jihan (Sumo)
  • Mohamad Azri Abdul Rahman (Heri)
  • Muhammad Farid Abdullah (Bob)
  • Muhamad Zafry Farhan Mohd Fadzi (Brook)
  • Zairul Hazim bin Zailani (Dragon)

Berdasarkan senarai pemain berikut, terdapat 3 pemain Red Phoenix yang pernah menyertai MPL sebelum ini iaitu Bob, Heri dan Dragon.

Bob sebelum ini pernah menyertai MPL musim pertama manakala Heri dan Dragon pernah berganding bahu dalam satu pasukan yang sama pada MPL musim kedua.

Foto: Mobile Legends

MPL Malaysia dan Singapura Musim 5 merupakan liga utama untuk Mobile Legends bagi kedua-dua negara ini. 

Liga ini merangkumi peringkat kelayakan dan Musim Liga yang berlangsung dalam talian, diikuti dengan acara secara langsung playoffs di mana lapan pasukan terakhir akan bertempur untuk berkongsi hadiah terkumpul bernilai  kira-kira RM410,000. 

Pusingan kelayakan Malaysia akan bermula dari 7 hingga 9 Februari 2020, manakala pusingan kelayakan Singapura akan berlangsung dari 15 hingga 16 Februari 2020. 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved