Connect with us

Mobile Legends

BOSSKURR CUP: Bosskurr akan anjur Piala Amal Bosskurr,Red Esports mahu sumbang RM5,000

Published

on

Piala Amal Bosskurr akan dianjurkan kelak.

KUALA LUMPUR – Organisasi e-sukan popular tanah air, Team Bosskurr bakal menganjurkan satu kejohanan amal yang dinamakan sebagai Piala Amal Bosskurr dalam masa terdekat.

Pengurus Team Bosskurr, Nureddy Nursal (Daddyhood) berkata antara pasukan yang bakal menerima jemputan itu termasuk pasukan nombor 1 Malaysia, TODAK, bekas juara MPL Musim Ketiga, Geek Fam, jaguh Sabah MoonChild dan pasukan yang sedang meningkat naik, RED Esports.

Selain itu, Daddyhood turut menjemput pasukan-pasukan tempatan yang lain termasuk MyA, Reborn, Godz, Lapar Esports, Xpax Assasins, Sabah Top Player dan Miracle Gaming.

Setakat ini Daddyhood masih belum menyatakan tarikh rasmi penganjuran Piala Amal Bosskurr itu.

Sementara itu, pengasas Red Esports, Anne Raihan mahu menyumbang RM5,000 untuk membantu mereka yang memerlukan menerusi Piala Amal Bosskurr.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved