Connect with us

Mobile Legends

RSG MY buka tirai MSC dengan bergaya, menang 2-0

Published

on

Zacus (gambar) menggunakan hero yang sangat baik ketika menentang RSG SG.

PEPERANGAN pertama RSG MY menentang RSG SG dalam Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2021 dilihat seperti “pergaduhan adik-beradik” memandangkan kedua-dua pasukan itu bernaung di bawah organisasi yang sama.

RSG MY membuka tirai kejohanan dengan menggunakan hero seperti Lunox, Alice, Chou, Barats, dan Ling.

Pada sesi pemilihan hero, RSG SG dilihat mahu melemahkan RSG MY dengan mengeluarkan hero terkuat Lolealz iaitu Harith.

Namun tanggapan RSG SG meleset sama sekali apabila Loleaz tampil berkeyakinan menggunakan hero mage Alice di lorong tepi.

Prestasi Lolealz juga sangat menyerlah mengeluarkan skil Blood Ode untuk meleburkan nyawa Pharsa dan juga Yi Sun-shin di barisan belakang.

Perlawanan ditamatkan dengan cubaan kedua gelombang lord daripada pasukan RSG MY. Pasukan itu mengutip mata bunuh sebanyak 12-8 dan tidak memberi ruang kepada ahli pasukan RSG SG untuk menumbangkan satu turret (menara) pun di pihak mereka.

Pujian juga harus diberikan kepada Zacus yang bermain Chou sehingga menyiapkan kelengkapan tank untuk memudahkan dirinya keluar masuk melakukan skil The Way of Dragon kepada mangsa utamanya.

Dia juga ditugaskan untuk memulakan perang dan tendangannya sentiasa tepat mengenai sasaran. Ini sekali gus berjaya menobatkan beliau sebagai pemain terbaik pada pusingan pertama dengan catatan  KDA 3/2/11.

 

https://www.instagram.com/p/CPzet21JuXT/

 

Pada perlawanan kedua pula RSG MY membariskan Chou, Pharsa, Beatrix , Barats dan Ling sekali lagi untuk menggenapkan mata permainan 2-0 dengan kutipan mata bunuh 24-11.

MVP sekali lagi diberikan kepada Zacus yang bermain Chou dengan KDA 3/2/14. Zacus telah meyerap lebih daripada 103,000 kesan musnah (damage) dalam perlawanan tersebut.

RSG MY akan kembali bertarung dalam perlawanan peringkat kumpulan B, menentang pasukan Thailand IDNS pada jam 2 petang esok. Tonton secara langsung dan beri sokonga kepada atlet-atlet e-sukan Malaysia di Facebook dan YouTube Mobile Legends.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved