Connect with us

Mobile Legends

“Mana tahu final MSC ada 2 pasukan Malaysia?” – Ikuto

Published

on

Foto: Facebook / Ikuto

PERMAINAN sudah berubah dan sudah tiba masanya untuk pasukan Malaysia menunjukkan taringnya.

Itu kata Pengurus Pembangunan E-Sukan Todak, Radzi Rahman Ibrahim (Ikuto) yang menyifatkan tiada perkara yang mustahil untuk menyaksikan dua pasukan Malaysia beraksi di peringkat final Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2021 nanti.

LIHAT: RSG MY kalahkan RSG SG 2-0 

Ikuto berkata corak permainan RSG MY dilihat penuh dengan kejutan dan Todak juga telah melakukan persediaan yang diperlukan untuk MSC 2021.

“Kekurangan kami ketika Grand Final MPL tempoh hari adalah dari segi persediaan. Corak permainan RSG MY ternyata berbeza berbanding apa yang ditunjukkan pada peringkat musim liga dan kami bukan bertemu dengan RSG yang kami kenali sebelum ini. Ia merupakan RSG yang baru dan ternyata penuh kejutan.

“Sekiranya ada rezeki, mana tahu MSC kali ini akan menyaksikan dua pasukan Malaysia di final? Permainan sudah berubah dan bagi kami dah sampai masa pasukan Malaysia pula menunjukkan taring mereka,” kata Ikuto dalam satu temu bual bersama WTM Today baru-baru ini.

Todak dan RSG MY merupakan wakil Malaysia dalam saingan MSC 2021.

Menurut Ikuto, objektif pertama pasukannya ketika ini adalah untuk meloloskan diri ke peringkat playoff MSC dengan menjadi pasukan nombor nombor di peringkat kumpulan.

Todak kini berada dalam kumpulan B MSC, bersama pasukan Indonesia EVOS Legends dan pasukan Vietnam Cyber Exe.

Jelas Ikuto, pasukan Todak juga telah melakukan latihan yang rapi untuk MSC 2021, sejurus tamatnya Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Ketujuh (MPL MY S7) yang lalu dengan melakukan latihan bersama pasukan-pasukan luar.

Ikuto juga berkata Todak akan lebih fleksibel dalam pemilihan hero pada perlawanan yang akan datang.

“Satu perkara yang kami faham daripada perlawanan kami sebelum ini adalah kami perlu lebih fleksibel dalam pemilihan hero. Jadi kami perlu melipatgandakan strategi kami, dan menguatkan keupayaan kami dalam pemilihan hero.

“Perubahan meta yang berlaku menyebabkan bukan hero hyper atau junggler sahaja yang boleh memberi kemenangan, tetapi sesiapa sahaja mampu.

“Mengenai strategi , tiada strategi yang khusus kerana ia hanya boleh ditetapkan pada saat-saat akhir sebelum perlawanan bermula,” tambah Ikuto.

Kejohanan MSC yang disertai 12 pasukan terbaik daripada lapan negara Asia Tenggara diadakan menerusi atas talian dan disiarkan secara langsung mulai 7 Jun sehingga 13 Jun 2021.

Ia boleh disaksikan di Facebook dan YouTube Mobile Legends.

MSC 2021 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000 (AS$100,000) secara keseluruhan.

 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved