Connect with us

Mobile Legends

Malaysia paling versatile, guna 83 hero dalam MPL

Published

on

Foto: MPL / Moonton

83 HERO!

Itu adalah jumlah hero yang digunakan pada peringkat Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Ketujuh (MPL MY S7) 2021.

Rekod itu juga menjadikan Malaysia sebagai negara yang paling banyak menggunakan hero yang berlainan pada peringkat liga profesional Mobile Legends berbanding negara-negara lain.

Berikut adalah jumlah hero yang digunakan pada peringkat MPL:

  • 1. Malaysia – 83 Hero
  • 2. Filipina – 74 Hero
  • 3. Indonesia – 72 Hero
  • 4. Singapura – 71 Hero

Menurut statistik Moonton, pasukan Mobile Legends tempatan, Todak, sahaja menggunakan 60 hero berlainan ketika MPL MY S7 berlangsung.

Adakah Todak bakal menggunakan meta baru yang mempertaruhkan hero-hero di luar jangkaan dalam Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2021 nanti?

Tonton MSC 2021 yang akan bermula 7 sehingga 13 Jun nanti di Facebook dan YouTube Mobile Legends.

Ia bakal melibatkan aksi-aksi hebat 12 pasukan terbaik daripada lapan negara Asia Tenggara. Kali terakhir MSC dijalankan adalah pada tahun 2019 di Manila, Filipina yang menyaksikan pasukan Indonesia, Onic Esports muncul sebagai juara.

Penganjuran MSC pada 2020 dibatalkan kerana pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

MSC tahun ini bakal menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM610,000 (AS$150,000).

Malaysia diwakili dua pasukan tempatan yang mempunyai potensi tinggi iaitu Todak dan RSG MY.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved