Connect with us

Mobile Legends

“Bukan kemenangan yang buat kita rasa puas hati, tapi brotherhood” – Rush

Published

on

Foto: MPL / Moonchild

SUSAH senang bersama, akhirnya yang dibina nampak juga hasilnya.

Pemain Mobile Legends yang berpengalaman, Herwin Baharuddin (Rush) menyifatkan kemenangan Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Ketujuh (MPL MY S7) 2021 bersama RSG MY baru-baru ini menunjukkan usaha yang dikerahkannya selama ini membuahkan kejayaan lumanya.

“Saya berasa sangat puas hati kerana apa yang dibina selama ini ada hasilnya. Saya tidak melakukan perkara yang tidak sia-sia, ada hasilnya. Saya berpuas hati dengan rakan-rakan di RSG MY kerana susah senang bersama.

“Terima kasihlah kepada mereka (rakan-rakan RSG). Saya sayangkan anda semua.

“Ini yang kami mahu. Kalah tidak keluar, masih bersama-sama. Brotherhood tu ada. Mula bersama-sama, habis bersama-sama,”kata Rush dalam satu sidang media selepas menjuarai MPL MY S7.

RSG MY terdiri daripada pemain-pemain veteran dan muda iaitu:

  • Ahmad Ali Huzaifi Abdullah Hazawi (Leixia)
  • Ealtond Rayner (Lolealz)
  • Izme Haqeem Bin Hamsjid (Kaizer)
  • Mohammad Irwandy Lim (Izanami)
  • Ahmad Zaki Ibrahim (Zacus)
  • Herwin Baharuddin (Rush)
  • Jamil Nurolla (Zaraki)
  • Mohamad Amir Afdhal Bin Ruzlan (Syno)
  • Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan)

Pada hujung minggu lalu, Rush dan RSG MY dinobatkan sebagai juara MPL MY S7.

Menerusi kemenangan itu, RSG membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM103,000 (AS$25,000).

RSG MY juga telah menjadi pasukan pertama Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2021.

Kejohanan itu akan diadakan pada 7-13 Jun nanti.

Sebelum sertai RSG, Rush pernah menubuhkan skuad BOSS Pusher dan menyertai skuad popular yang dikenali sebagai Team Saiyan dan Team Bosskurr.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved