Connect with us

Mobile Legends

Syukur ada orang ‘kutip’ – Zacus

Published

on

Foto: RSG

PEMAIN tank Mobile Legends, Ahmad Zaki Ibrahim (Zacus) mengetahui peluang baharu adalah satu perkara yang tidak boleh disia-siakan terutama apabila ‘dibuang’ dari skuad lama.

Tiada pilihan lain apabila diberikan  satu kesempatan baru melainkan memberikan yang terbaik untuk membuktikan kepada diri sendiri.

Kira-kira sebulan menyertai pasukan baru, Zacus diangkat sebagai yang terbaik di Malaysia dalam gelanggang profesional Mobile Legends bersama rakan-rakannya di RSG.

Tiada perasaan lain dapat digambarkan Zacus, melainkan rasa syukur.

“Saya pernah jatuh, pernah dianggap kurang memberi mutu persembahan yang baik dan ‘dibuang’.

“Bila ada orang cuba ‘kutip’, kita cuba buktikan yang kita boleh buat yang lebih baik,” kata Zacus dalam satu sidang media baru-baru ini.

 

Pada hujung minggu lalu, Zacus dan RSG dinobatkan sebagai juara Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Ketujuh (MPL MY S7).

Menerusi kemenangan itu, RSG membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM103,000 (AS$25,000).

RSG MY juga telah menjadi pasukan pertama Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2021.

Kejohanan itu akan diadakan pada 7-13 Jun nanti.

Sebelum menyertai RSG MY pada 15 April yang lalu, Zacus menyertai MPL MY S7 bersama Reborn Esports.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved