Connect with us

Mobile Legends

RSG Juara MPL Malaysia Musim Ketujuh!

Published

on

Foto: FB / RSG Malaysia

TIADA APA YANG MUSTAHIL!

Meski ketinggalan 0-2 pada permulaan peringkat Grand Final Liga Profesional Mobile Legends Musim Ketujuh (MPLMY S7) ia tidak menghalang pasukan e-sukan tempatan, RSG MY, muncul sebagai pasukan terbaik Mobile Legends Malaysia.

RSG MY berjaya memenangi empat pusingan berturut-turut dan menewaskan gergasi Mobile Legends Malaysia, Todak, 4-2 pada peringkat Grand Final MPLMY S7 2021.

Pasukan itu mengekalkan rekod kemenangan bersih tanpa kalah sepanjang peringkat playoff bermula Jumaat lalu.

Sebelum ini, RSG MY telah mengalahkan Todak 2-1 dan Suhaz EVOS 2-0 di peringkat Upper Bracket.

RSG MY juga telah menjadi pasukan pertama Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2021. Kejohanan itu akan diadakan pada 7-13 Jun nanti.

RSG MY terdiri daripada pemain-pemain veteran dan muda iaitu:

  • Ahmad Ali Huzaifi Abdullah Hazawi (Leixia)
  • Ealtond Rayner (Lolealz)
  • Izme Haqeem Bin Hamsjid (Kaizer)
  • Mohammad Irwandy Lim (Izanami)
  • Ahmad Zaki Ibrahim (Zacus)
  • Herwin Baharuddin (Rush)
  • Jamil Nurolla (Zaraki)
  • Mohamad Amir Afdhal Bin Ruzlan (Syno)
  • Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan)

“Kami sangat teruja, dan bersyukur dengan kejayaan ini. Ini adalah satu detik yang bermakna buat kami.

“Sepanjang MPL Malaysia Musim 7 ini, kami telah bekerja keras. Segala titik peluh dan pengorbanan kami sebagai pemain e-sukan kini berhasil.

Kami berterima kasih kepada peminat dan kesemua penyokong kami kerana mempercayai dan membantu kami untuk sampai ke tahap ini, dan kami harap dapat bermain dengan baik di MSC yang bakal tiba nanti,” kata Rush.

Sementara itu, pemain RSG MY, Lolealz muncul sebagai pemain terbaik (MVP) playoff.

Menerusi kemenangan itu, RSG membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM103,000 (AS$25,000).

MPL merupakan liga utama dan rasmi daripada Mobile Legends yang bertujuan untuk memberi peluang kepada anak muda khususnya belia dan juga atlet yang baru untuk merealisasikan impian mereka menjadi pemain professional selain membantu untuk mengembangkan lagi ekosistem e-sukan negara.

Pada musim kali ini, MPL Malaysia dibawakan oleh Moonton, dan mendapat tajaan daripada  McDelivery dan Yoodo. Ia telah dijalankan secara atas talian bagi mematuhi syarat perintah kawalan pergerakan (MCO).

MPL Malaysia Musim 7 telah mencatatkan 111,1901 tontonan serentak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved