Connect with us

Mobile Legends

Todak tewaskan Suhaz EVOS 3-1, tempah tiket ke MSC 2021

Published

on

Pasukan Mobile Legends tempatan, Todak, berjaya mara ke Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2021 selepas mengalahkan Suhaz EVOS 3-1 pada peringkat final lower bracket Liga Profesional Malaysia (MPL) Musim Ketujuh (MPLMY S7) seketika tadi.

Ia sekali gus menjadikan Todak sebagai pasukan kedua Malaysia yang akan menyertai kejohanan antarabangsa itu, selepas RSG.

Menurut pemain Todak, Zikry Shamsuddin (Moon) perjuangan di peringkat lower bracket MPL sememangnya memenatkan namun pihaknya masih gembira dan berpuas hati dengan kemenangan 3-1 ke atas Suhaz EVOS itu.

“Alhamdulillah, kami dapat mara ke final semula dan akan bertemu dengan RSG nanti.

“Kami sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk bermain dalam tujuh pusingan nanti.

“Kepada AJ dan Box (pemain Suhaz EVOS) anda boleh ambil (Anugerah) Pemain Terbaik Musim Liga tapi kami boleh ambil (slot) MSC dan Grand Final MPL,” kata Moon dalam satu temu bual bersama hos MPL, Fiera Fendi.

Moon dan Todak terpaksa berjuang bermula dari peringkat lower bracket selepas tewas kepada RSG 2-1 pada hari pembuka tirai Playoff MPLMY S7 di peringkat Upper Bracket.

MPLMY S7 kini telah berada di peringkat kemuncaknya apabila pertembungan Grand Final bakal berlangsung pada jam 4.00 petang nanti antara Todak dan RSG.

Tonton Grand Final MPLMY S7 di Tiktok, Facebook, dan YouTube untuk ketahui siapa yang akan digelar yang terbaik di Malaysia dalam gelanggang profesional Mobile Legends.

MPL MY S7 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000 (AS$100,000) secara keseluruhan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved