Connect with us

Mobile Legends

MPL: Hayabusa 4meyz berkesan, Todak tewaskan Red 2-1

Published

on

PENGGUNAAN hero assassin Hayabusa daripada pemain Todak, 4Meyz dilihat tampak sangat berkesan pada pusingan terakhir menentang Red Esports dalam perlawanan peringkat Lower Bracket Liga Profesional Malaysia (MPL) Musim Ketujuh 2021.

4Meyz yang ditugaskan untuk mengejar objektif perlawanan iaitu dengan menjatuhkan lebih banyak menara Red Esports mencatat rekod KDA 5-1-6 pada pusingan itu.

Pergerakan 4Meyz di Land of Dawn juga dilihat mengelirukan Red Esports yang terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 itu.

Berikut adalah senarai penggunaan hero bagi kedua-dua pasukan itu:

Pusingan 1
Todak: Gloo, Mathilda, Selena, Hayabusa, Beatrix
RED: Benedetta, Granger, Yve, Rafaela, Thanus

Pusingan 2
Todak: Gloo, Lancelot, Estes, Esmeralda, Ruby
Red: Alice, Mathilda, Ling, Yve, Baxia

Pusingan 3
Todak: Hayabusa, Jawhead, Claud, Lunox, Tigreal
Red: Esmeralda, Yve, Barats, Estes, Granger

Menerusi kemenangan itu, 4Meyz dan Todak berjaya mara ke peringkat Final Lower Bracket menentang Suhaz EVOS pada 11.30 pagi esok.

Selepas lapan minggu berlangsung peringkat liga, kini hanya tinggal tiga pasukan terbaik Mobile Legends Malaysia yang akan merebut kejuaraan MPL MY S7 2021.

MPL MY S7 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000 (AS$100,000) secara keseluruhan.

Tonton Playoff MPLMY S7 di Tiktok, Facebook, dan YouTube Mobile Legends pada 28-30 Mei untuk ketahui siapa yang akan digelar yang terbaik di Malaysia dalam gelanggang profesional Mobile Legends.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved