Connect with us

Mobile Legends

RSG MY pasukan pertama Malaysia ke MSC

Published

on

Skuad Mobile Legends tanah air, RSG MY sah ke Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2021 selepas menewaskan pasukan Suhaz EVOS pada peringkat akhir Upper Bracket Liga Profesional Malaysia (MPL) Musim Ketujuh seketika tadi.

Dalam perlawanan itu, RSG menang 2-0.

Pemain RSG MY Ahmad Ali Huzaifi Abdullah (Leixia) berkata pasukannya akan melipatkan dua kali ganda usaha apabila telah melayakkan diri ke peringkat MSC itu.

Jelasnya, dia juga akan kurang memberi tumpuan dalam aktiviti penstriman langsung untuk tempoh ini.

“Saya kena pilih satu dulu (berlatih). ” kata Leixia secara ringkas ketika menjawab soalan hos MPL, Fiera Fendi selepas meraih kemenangan ke atas Suhaz EVOS itu.

Dalam kedua-dua pusingan tadi, Leixia muncul sebagai pemain terbaik MVP.

“Saya memang gembira. Terima kasih kepada pasukan saya dan semua yang menyokong saya,” tambahnya.

https://www.instagram.com/p/CPcx4voloi1/

Selepas lapan minggu berlangsung peringkat liga, kini hanya tinggal empat pasukan terbaik Mobile Legends Malaysia merebut kejuaraan MPL MY S7 2021.

MPL MY S7 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000 (AS$100,000) secara keseluruhan.

Tonton Playoff MPLMY S7 di Tiktok, Facebook, dan YouTube Mobile Legends pada 28-30 Mei untuk ketahui siapa yang akan digelar yang terbaik di Malaysia dalam gelanggang profesional Mobile Legends.

Sementara itu, kejohanan MSC yang disertai 12 pasukan terbaik daripada lapan negara Asia Tenggara nanti akan diadakan menerusi atas talian pada 7 Jun sehingga 13 Jun 2021.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved