Connect with us

Mobile Legends

MPL: Ling Mal buat merah lebih bersinar, oren terkesima

Published

on

Disiplin yang tinggi menjadi kunci utama Red Esports mencapai kemenangan 2-0 ketika menentang Orange Esports peringkat lower bracket Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Ketujuh (MPLMY S7).

Pegerakan pemain utama Red Esports, Mal, pada pusingan kedua yang menggunakan hero assasin Ling juga dilihat sangat sukar dijinakkan Orange Esports .

https://www.instagram.com/p/CPckVeUp1SX/

Mal sempat mengutip tujuh kills berturut-turut di Land of Dawn dalam tempoh 11 minit pertama pusingan.

Meski Orang Esports sempat memperlahankan pergerakan Mal dan Red Esports pada minit ke-11 dan ke-12 namun ia tidak mencacatkan strategi dan disiplin Red Esports secara total.

Red Esports mampu merobohkan lapan menara pertahanan Orange Esports dalam masa 17 minit, memandangkan Orange Esports yang hanya boleh melakukan pertahanan tanpa serangan.

Pemain Red Esports Eren dan Cabku juga dilihat beberapa kali menjadi umpan kepada Orange Esports supaya mereka menghabiskan setiap skil hero digunakan ke atas hero yang digunakan mereka iaitu Khufra dan Khaleed.

Menerusi kemenangan itu, Red Esports bakal bertemu dengan Todak jam 3.30 petang nanti bagi persaingan peringkat lower bracket.

Selepas lapan minggu berlangsung peringkat liga, kini hanya tinggal empat pasukan terbaik Mobile Legends Malaysia merebut kejuaraan MPL MY S7.

MPL MY S7 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000 (AS$100,000) secara keseluruhan.

Tonton Playoff MPLMY S7 di Tiktok, Facebook, dan YouTube Mobile Legends pada 28-30 Mei untuk ketahui siapa yang akan digelar yang terbaik di Malaysia dalam gelanggang profesional Mobile Legends.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved