Connect with us

Mobile Legends

MPL: Todak tusuk Geek Fam, 2-0

Published

on

PASUKAN Mobile Legends tanah air, Todak berjaya mengekalkan momentum pada pusingan pertama menentang Geek Fam dalam perlawanan peringkat lower bracket Liga Profesional Mobile Legends Malaysia Musim Ketujuh (MPLMY S7) sehingga meraih mata kemenangan 2-0 seketika tadi.

Meski pada peringat awal permainan Geek Fam mempunyai kelebihan kerana memberi kesan musnah yang lebih tinggi, namun Todak menunjukkan satu pertempuran yang kuat pada lewat permainan.

Dalam kedua-dua pusingan itu, pemain Todak, 4meyz dan Moon muncul sebagai pemain terbaik (MVP).

Penganalisis MPL, Artha dan Laphel menyifatkan kedua-dua pasukan itu mempunyai kemenangan 50 peratus dalam perlawanan itu namun lord menjadi penentuan yang memberikan kelebihan kepada Todak.

Tatkala pemain Geek Fam Panda dan Dominus cuba membunuh lord, pemain Todak, Moon sempat mencuri dengan menggunakan skil pasif dan skil pertama heronya, Gatotkaca, iaitu Blast Iron Fist dan Steel Bones.

Panda dan Dominus juga tidak mempunyai spell retribution yang sepatutnya boleh mendapatkan lord pada saat-saat akhir meski diganggu pihak musuh.

Seminit kemudian, lord mula menghampiri kubu utama Geek Fam dan seterusnya melenyapkan impian pasukan itu untuk mengangkat piala MPL untuk kali kedua.

Selepas lapan minggu berlangsung peringkat liga, lapan pasukan terbaik Mobile Legends Malaysia kini sedang bersaing di peringkat playoff MPL MY S7 pada 28-30 Mei.

MPL MY S7 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000 (AS$100,000) secara keseluruhan.

Tonton Playoff MPLMY S7 di Tiktok, Facebook, dan YouTube Mobile Legends pada 28-30 Mei untuk ketahui siapa yang akan digelar yang terbaik di Malaysia dalam gelanggang profesional Mobile Legends.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved