Connect with us

Mobile Legends

Malaysian slayer? Robot Merah terciduk 1-2 selepas ‘digodam’ RSGMY

Published

on

RSMY berjaya mara ke peringkat lower bracket yang seterusnya

“Minta maaf jika Bigetron Alpha (BTR Alpha) menjadi Slayer untuk pasukan Malaysia.”

Itu kata-kata pengulas Indonesia, Fauzianska Ramadhan (Ranger Emas) sebelum perlawanan lower bracket antara Bigetron Alpha dan RSGMY berlangsung dalam kejohanan Piala Asia Tenggara (MSC) 2021.

Ternyata apa yang ingin dilihat Ranger Emas itu tidak dapat dikabulkan apabila program sang robot merah itu telah ‘digodam’ oleh RSGMY selepas tewas 1-2 kepada pasukan Malaysia, RSGMY.

Satu perkara yang tidak boleh dinafikan juga adalah apabila kedua-dua pasukan itu mempamerkan corak permainan yang sangat mantap terutama pada pusingan ketiga yang berlanjutan 28 minit 37 saat.

VIDEO: Saat kemenangan RSGMY, berjaya balas dendam untuk Todak

Apa yang menyebabkan kemenangan RSGMY dalam pusingan itu? Walaupun BTR Alpha berjaya mendapatkan lord pada saat akhir, namun corak permainan defensive RSGMY berjaya menyelamatkan Crystal di pangkalan daripada diruntuhkan.

Percaturan tangkas RSGMY mensasarkan damage dealer terbesar BTR Alpha iaitu Renbo yang menggunakan hero marksman Karrie berhasil dan memaksa BTR pulang ke pangkalan dengan serta-merta.

Mengatur langkah di laluan tengah, RSGMY tidak memberi ruang dan masa kepada BTR Alpha untuk mengatur serangan balas. RSGMY terus menyusun posisi kemas untuk merobek dan meruntuhkan Crystal BTR.

Kemenangan bergaya RSGMY itu akan memberi peluang baru kepada Malaysia untuk beraksi di MSC 2021. Skuad Malaysia akan kembali bersaing pada jam 8 malam nanti.

PEMILIHAN HERO
Pusingan  3

RSGMY:Lunox, Beatrix, Barats, Claud, Akai
BTR Alpha: Harith, Estes, Karrie, Pupol dan Kupa, Balmond
MVP: Lolealz

Pusingan 2
RSGMY: Pupol dan Kupa, Pharsa, Barats, Beatrix, Yi Sun-shin
Ban: Digie, Estes, Jawhead, Gloo, Claude
BTR Alpha: Lunox, Selena, Paquito, Rafaela, Granger
Ban: Ling, Benedetta, Mathilda, Hayabusa, Lancelot
MVP: Izanami

Kombo Kaizer + Leixia atau Kombo Kaizer + Izanami?
Penggunaan Barats dan penjagaan sidelane yang sangat baik daripada Kaizer sehingga mampu menangkap musuh, terutama Rippo dalam pusingan tadi. Meta dua hero core RSGMY juga memberi kesan musnah yang sangat banyak, sehingga mencacatkan pergerakan BTR Alpha. Zacus juga bermain Pupol dan Kupa dengan sangat baik, sehingga mampu menjengkelkan BTR Alpha. Lihat pada minit ke-14 permainan, apabila pihak musuh terpaksa menggunakan flameshot untuk membunuh Zacus.

Team Fight RSGMY meningkat dengan kehadiran Izanami yang menggunakan hero terbaiknya, Pharsa. Berikutan prestasi yang baik, Izanami dipilih sebagai MVP.

Sementara itu, pemilihan Yi Sun-Shin yang digunakan Leixia, mengukuhkan serangan dari belakang RSGMY. Kombo Leixia dan Kaizer antara yang paling menarik. Kaizer (Barats) menyedut menggunakan Detona’s Welcome, Leixia (Yi Sun-Shin) mencucuk, menusuk menggunakan Blood Floods sehingga hilang kesemua nyawa musuh.

Sementara itu Lolealz dilihat sangat berkeyakinan dalam pusingan tadi, tidak takut untuk mengejar musuh. Beatrix yang digunakan mampu merobohkan turret BITR Alpha. Sepanjang 14 minit juga, 9 turrets BTR Alpha dimusnahkan.

https://www.instagram.com/p/CQApMcvDknz/

 

Pusingan 1
RSGMY: Harith, Estes, Rafaela, Lapu-Lapu, Brody
Ban:Diggie, Jawhead, Lunox, Phoveus, Barats
BTR Alpha: Mathilda, Pupol dan Kupa, Claude, Kagura, Gloo
Ban: Ling, Benedetta, Pharsa, Li Sun-Shin, Paquito
MVP: Rippo

Pada pusingan ini, pemilihan hero yang dilihat jarang digunakan menyebabkan RSG MY agak kekok menggunakan draft yang dipilih ketika menentang BTR Alpha pada pusingan pertama. RSGMY juga dilihat seperti buku yang mudah dibaca BTR Alpha apabila begitu senang turret demi turret RSGMY diruntuhkan begitu sahaja.

Faktor lain juga disebabkan hero-hero damage dealer RSGMY memerlukan item-item tertentu untuk menjadi ‘keras’. Pemilihan Lapu-lapu juga menimbulkan persoalan keberkesanannya dalam pusingan itu kerana tidak mampu menangkap hero damage dealer BTR Alpha.

https://www.instagram.com/p/CQAkPIlLaB3/

 

Kejohanan MSC disertai 12 pasukan terbaik daripada lapan negara Asia Tenggara dan disiarkan secara langsung mulai 7 Jun sehingga 13 Jun 2021.

Ia boleh ditonton secara langsung di Facebook dan YouTube Mobile Legends.

MSC 2021 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000 (AS$100,000) secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved