Mobile Legends
Awalnya ditolak tepi, kini jadi MVP….Zacus semakin bersinar di MSC

CORAK permainan dan prestasi pemain Mobile Legends, Ahmad Zaki Ibrahim (Zacus) membuktikan posisi tanker bukan lagi pemain ‘tersakiti’ dalam Land of Dawn.
Buktinya, Zacus seorang diri berjaya mendapatkan gelaran pemain terbaik (MVP) sepanjang empat pusingan yang disertai RSG MY menentang pasukan Singapura RSG SG dan pasukan Thailand, IDNS.
Rekod MVP RSG:
RSG MY vs RSG SG
Game 1 – Zacus
Game 2 – Zacus
RSG MY vs IDNS
Game 1 – Zacus
Game 2 – Leixia
Selepas berlawan empat pusingan dalam MSC setakat ini, Zacus juga tersenarai dalam ranking pemain yang mempunyai assist terbanyak.
Setakat Rabu, Zacus mempunyai 55 assits. Dia kini berada di ranking kelapan bagi kategori itu.
Sementara itu, bekas penganalisis RSG MY, Hifadhi Fatha Sarbini (Cr1tics) berkata kehadiran Zacus dilihat sebagai satu rezeki untuk pasukan itu.
Menerusi satu post gambar yang dimuatnaik di Facebook, Cr1tics berkata pada mulanya Zacus dilihat sangat serabut apabila pertama kali hadir ke rumah RSG MY.
Jelas Cr1tics, hal itu disebabkan kontrak Zacus ditamatkan secara tiba-tiba oleh pasukannya sebelum ini.
“Anda boleh tengok raut wajah Zacus, betapa serabutnya dia mengenangkan nasib ketika itu. Ditambah pula dengan dugaan yang dia kena hadapi lagi untuk gaming house ini.
“Menjadi kehairanan kenapa dia digugurkan walaupun prestasi dan mutu persembahannya dilihat sangat baik.
“Mungkin Rezeki RSGMY dapat Zacus ketika kami juga sedang bergelut pada pertengah musim, kata Cr1tics dalam satu catatan di Facebook.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=538964210812213&id=104194880955817
Zacus menyertai arena kompetitif Mobile Legends sejak 2019.
Zacus dan RSG MY akan beraksi semula di MSC pada peringkat Upper Bracket, menentang pasukan nombor 1 Filipina, Blacklist International pada jam 5 petang nanti.
Kejohanan MSC disertai 12 pasukan terbaik daripada lapan negara Asia Tenggara dan disiarkan secara langsung mulai 7 Jun sehingga 13 Jun 2021.
Ia boleh ditonton secara langsung di Facebook dan YouTube Mobile Legends.
MPL MY S7 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000 (AS$100,000) secara keseluruhan.