Connect with us

Mobile Legends

RSGMY, Todak satu ancaman – Ohmyv33nus Blacklist International

Published

on

Foto: FB/ Blacklist International

KAPTEN pasukan Mobile Legends Filipina, Blacklist International Jonmar Villaluna (Ohmyv33nus) menyifatkan pasukan Malaysia sebagai satu ancaman dalam Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2021.

“Pasukan Malaysia adalah salah satu pasukan yang kami ingin berlawan kerana kami sudah mengetahui (cara) mereka.

“Jadi saya menyifatkan ia akan menjadi satu perlawanan menarik untuk disaksikan,” kata Ohmyv33nus dalam satu video terbitan Mobile Legends “CONNECTED BY PRIDE!” yang dimuatnaik pada minggu lalu.

Sementara itu, pemain Execration, Kiel VJ Hernandez (Kielvj) berkata pergerakan Todak dalam permainan dilihat dan lincah dan berbisa terutama ketika M2.

“Pemilihan hero Todak juga dilihat pelik tapi berbisa sehingga mampu mengalahkan pihak lawan.

“RSG pula konsisten dengan corak permainannya dan sangat bagus dalam drafting,” kata Kielvj dalam video yang sama.

https://www.instagram.com/p/CP9vA6bpPOo/

MSC 2021 akan kembali jam 1 tengah hari nanti untuk peringkat playoff.

Skuad Malaysia, Todak akan berlawan dengan negara jiran, Indonesia, Bigetron Alpha.

Hanya 1 sahaja yang akan mara ke perlawanan lower bracket yang seterusnya.

https://www.instagram.com/p/CP5sZPRpLSr/

Kejohanan MSC disertai 12 pasukan terbaik daripada lapan negara Asia Tenggara dan disiarkan secara langsung mulai 7 Jun sehingga 13 Jun 2021.

Ia boleh disaksikan di Facebook dan YouTube Mobile Legends.

MSC 2021 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000 (AS$100,000) secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved