Connect with us

Mobile Legends

Tiada mimpi indah, hanya Nightmare untuk Laos selepas dilanggar Todak 0-2

Published

on

PERLAWANAN Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2021 pada hari ini menyaksikan lapan pasukan mempunyai ‘nyawa’ terakhir untuk meneruskan perjuangan bagi menjadi yang terbaik di rantau ini.

Lapan pasukan itu termasuklah, skuad tanah air, Todak.

Pada peringkat kumpulan fasa kedua, Todak perlu ‘melanggar’ pasukan Laos, Nightmare Esports untuk mendapatkan slot lower bracket di peringkat playoff MSC 2021 yang akan berlangsung pada Jumaat nanti.

Meski terpaksa berusaha lebih keras kerana kelemahan di bahagian drafting, Todak tetap menyapu bersih 2-0 menentang Nightmare Esports petang tadi.

Perlawanan pertama 

Bumi Land Of Dawn dilanda dengan serangan dahsyat mewakili dua negara dengan satu matlamat untuk mendapatkan Crystal di pangkalan musuh. Todak kali ini membariskan tentera berlima mereka dengan hero-hero seperti  Benedetta, Lunox, Ling, Lou Yi, dan juga Kufra sebagai benteng pertahanan di barisan hadapan.

Semua hero dikerahkan masuk ke medan pertempuran tanpa sebarang pertumpahan darah di minit yang pertama. Momo dan Moyyy kemudiannya bertindak mencuri minions penting di lorong atas tanpa diendahkan oleh Jazbin yang bermain sebagai Paquito, seterusnya menukar arah ke lorong tengah seraya menarik perhatian raksasa merah di hutan musuh.

Keadaan ini melambatkan Aldous untuk mengumpul pengalaman meningkat level.

Tanpa disedari, Lunox yang digunakan 4Meyz diberi amaran keras!

Pembunuhan berlaku di lorong bawah, synchro fission milik BZY dilepaskan ke atas 4Meyz . Kuasa magis pertama Harith itu sukar ditahan olehnya lalu menghantarnya pulang ke pangkalan.

Ciku yang menggunakan Ling cuba menuntut bela ke atas sahabatnya yang  telah gugur, dengan pantas turun daripada tembok dan melibas pedangnya kepada Harith sekali gus merentap jiwanya tanpa menghiraukan janaan nyawa daripada Estes.

Namun sayang sekali, rakan sepasukan Ciku, Moyy yang menggunakan Khufra terkorban dalam usaha menahan serangan daripada menara turret menghalangnya dari menyerang Ciku.

Di minit kedua pertempuran pula, niat jahat Paquito untuk mencuri raksasa biru ternakan Todak dapat dihidu Benedetta, mendesaknya untuk melarikan diri. Keluar sahaja daripada tembok  itu, gemerincing Alecto Final Blow dilepaskan ,sekelip mata memisahkan roh dan juga jasad si pencuri itu.

Perang kemuncak akhirnya berlaku di babak ke-12, dua menara Nightmare Esports ditumbangkan. Kesemua hero Todak meluru masuk ke pangkalan musuh, real world manipulation dibuka terburu-buru oleh Yve. Pertahanan cuba dilakukan sehabis baik, namun lord sudah menembusi kubu pertahanan musuh sekali gus memecahkan Crystal berseorangan.

Kemenangan diberikan kepada Pasukan Todak dengan mata bunuh 18-6 dan gelaran bagi pemain terbaik diberikan kepada Momo yang bermain Benedetta dengan KDA 4/0/7.

Perlawanan kedua
Pertempuran antara kedua pasukan ini belum lagi selesai. Pasukan Laos memerlukan pembalasan semula ke atas kekalahan mereka sebentar tadi. Maka, medan Land Of Dawn sekali lagi dibuka melangsungkan perlawanan kedua.

Todak mencaturkan Chou, Benedetta, Claude, Yve dan juga Alice dalam perperangan kali ini. Pembunuhan pertama berlaku di lorong atas perbuatan Momo yang terdesak untuk membunuh Barats di lorong atas. Namun tindakannya itu telah memakan dirinya apabila gugur di dalam gelung menara turret.

Satu berbalas satu, kemudian pertempuran kedua berlaku di kawasan turtle tanpa nyawa yang terkorban, tapi sayangnya turtle berjaya dicuri oleh Granger yang digunakan Linlyx dengan menggunakan sihir pembalasan “retribution”.

Di minit ke-10 medan kembali panas apabila Chou dirusuh di lorong tengah, Death Sonata dikenakan tepat keatasnya mendesak semua ahli pasukan berhimpun dalam pergelutan kali ini.

Barats dihunus dengan Phantom Slash Benedetta, riuh pergaduhan menyebabkan Real World Manipulation dibuka dan berjaya meleburkan Granger, Zaman Force dibentangkan menyepit  Benedetta dalam Synchro Fission-nya, dan seterusnya dapat dileraikan dengan Blood Ode dari Alice .

Di penghujungnya, lord berjaya diambil oleh Ciku, namun gelombang minions yang dibawa gagal menembusi pertahanan musuh. Ia memerlukan sedikit masa untuk merangka rancangan serangan yang terakhir.

Todak memutuskan untuk mengambil lord buat kali yang kedua dan dengan kelebihan ini, menara turret atas dan bawah Nightmare Esports dapat diranapkan.

Kesilapan daripada Nightmare Esport apabila Zaman Force lambat dibuka menyebabkan Harith menjadi korban pertama. Kematian demi kematian berlaku, diikuti oleh Mathilda dan Granger. Chou mengambil peluang ini dengan tendangan The Way of Dragon miliknya ke atas Barats sekaligus menuju ke pangkalan musuh mengahancurkan Crystal buat kali yang kedua.

Objektif perlawanan dapat dicapai dan Todak berjaya menempah tiket ke dalam lower bracket dengan mata bunuh 23-20 dan gelaran Pemain Terbaik diungguli oleh Momo dengan KDA 7/3/7 bermain Benedetta.

8 pasukan Mobile Legends terbaik Asia Tenggara akan kembali beraksi pada Jumaat nanti bermula jam 1 tengah hari.

Kejohanan MSC disertai 12 pasukan terbaik daripada lapan negara Asia Tenggara dan disiarkan secara langsung mulai 7 Jun sehingga 13 Jun 2021.

Ia boleh disaksikan di Facebook dan YouTube Mobile Legends.

MSC 2021 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000 (AS$100,000) secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved