Connect with us

Mobile Legends

‘Pertandingan Badut’: Donkey mohon maaf, hanya bercanda

Published

on

Foto: Instagram / Donkey Yurino

DALAM satu syot layar yang dimuatnaik di Insta Story pemain Mobile Legends RSG MY Ahmad Zaki Ibrahim (Zacus)  pada hari ini, memaparkan perbualan yang melibatkan personaliti Mobile Legends Indonesia popular, Yurino Putra (Donkey).

Donkey berkata dalam arena Mobile Legends Indonesia memang menggunakan bahasa yang kasar dan terbawa-bawa dalam penstriman langsung.

Walau bagaimanapun, Donkey juga mengakui dia memang tersalah cakap dalam hal berkaitan pertandingan badut. 

“Iya (memang bergurau) tapi tetap salah ngomong (cakap) sih. Saya juga sering salah cakap. Pusing kepala (pening).

“Kalau ada tersalah kata, maaf ya. Kebawa mahu seru (memeriahkan) ke penonton,” kata Donkey dalam syot layar itu.

Sementara itu, Zacuss juga berkata pihak Donkey tidak sesekali bermaksud untuk merendahkan pasukan Malaysia atau mana-mana pasukan yang lain.

“Mereka cuma bercanda (bergurau) sahaja. Legends (pemain legenda / veteran) sentiasa menghormati antara satu sama lain,” kata Zacuss dalam Insta Story itu.

Sebelum ini, tular satu klip video Tiktok yang dipercayai diambil daripada YouTube Donkey Bar Bar yang memaparkan perbualan yang melibatkan beberapa personaliti dan pemain Mobile Legends terkenal Indonesia.

Dalam klip video yang menyaksikan pertarungan antara RSG MY vs IDNS dalam MSC 2021 itu, kedengaran seperti pemain profesional EVOS Legends, Ihsan Besari Kusudana (Luminaire) menyatakan:”pertandingan badut-badut.”

https://www.instagram.com/p/CP4zsFBHTGw/

Kata-kata Luminaire itu kini tersebar menerusi satu klip video Tiktok yang telah dimuatnaik pengguna bernama @aimanfarzan pada awal pagi tadi.

Sejak artikel ini ditulis, video itu telah menerima lebih 239,5000 tontonan di Tiktok.

Pada semalam RSG MY menang 2-0 menentang IDNS pada peringkat kumpulan A MSC itu.

RSG MY berjaya mara ke peringkat Upper Bracket Playoff MSC 2021 selepas mengungguli peringkat kumpulan A manakala IDNS perlu bertarung untuk slot lower bracket pada hari ini.

Sementara itu, EVOS Legends yang mendominasi kumpulan B turut mara ke peringkat Upper Bracket Playoff MSC 2021 yang dijadualkan akan berlangsung pada Jumaat nanti.

Kejohanan MSC disertai 12 pasukan terbaik daripada lapan negara Asia Tenggara dan disiarkan secara langsung mulai 7 Jun sehingga 13 Jun 2021.

Ia boleh disaksikan di Facebook dan YouTube Mobile Legends.

MSC 2021 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000 (AS$100,000) secara keseluruhan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved