Mobile Legends
“RSGMY vs IDNS pertandingan badut” – Luminaire

PERLAWANAN antara pasukan Malaysia RSG MY dan pasukan Thailand IDNS dalam kejohanan Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2021 dilihat seperti ‘pertandingan badut’ kata pemain profesional EVOS Legends, Ihsan Besari Kusudana (Luminaire).
“Ini pertandingan badut-badut ini,” kata Luminaire secara ringkas menerusi satu video di YouTube Donkey Bar Bar pada semalam.
https://www.instagram.com/p/CP4zsFBHTGw/
Kata-kata Luminaire itu kini tersebar menerusi satu klip video Tiktok yang telah dimuatnaik pengguna bernama @aimanfarzan pada awal pagi tadi.
Sejak artikel ini ditulis, video itu telah menerima lebih 239,500 tontonan di Tiktok.
Pada semalam RSG MY menang 2-0 menentang IDNS pada peringkat kumpulan A MSC itu.
RSG MY berjaya mara ke peringkat Upper Bracket Playoff MSC 2021 selepas mengungguli peringkat kumpulan A manakala IDNS perlu bertarung untuk slot lower bracket pada hari ini.
Sementara itu, EVOS Legends yang mendominasi kumpulan B turut mara ke peringkat Upper Bracket Playoff MSC 2021 yang dijadualkan akan berlangsung pada Jumaat nanti.
Kejohanan MSC disertai 12 pasukan terbaik daripada lapan negara Asia Tenggara dan disiarkan secara langsung mulai 7 Jun sehingga 13 Jun 2021.
Ia boleh disaksikan di Facebook dan YouTube Mobile Legends.
MSC 2021 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000 (AS$100,000) secara keseluruhan.