Connect with us

Mobile Legends

lord dicuri, Crystal hampir dirobek tapi RSG MY masih menang 2-0

Published

on

WALAUPUN hanya berbaki satu sahaja perlawanan di peringkat kumpulan, RSG MY sama sekali tidak mengambil langkah mudah, terutama berdepan dengan juara Piala Asia Tenggara (MSC) 2017, IDNS, dari Thailand.

RSG MY juga dilihat menurunkan pemain Mobile Legends terkenal, Amir Afdal (Syno) dalam barisan utama menentang skuad gajah putih itu.

Apa yang terjadi dalam pertarungan itu?

https://www.instagram.com/p/CP2iBamFvRK/

 

Pusingan pertama 
RSG MY kali ini membariskan hero-hero bersinergi tinggi seperti Alice, Lunox, Kufra, Haya, dan juga Gloo yang kali ini dimainkan oleh Syno di lorong bawah, manakala Loleaz yang bermain Alice di lorong atas.

RSG MY memulakan permainan dengan sangat pasif dan memberi ruang kepada Leixia untuk menyiapkan Blade Of Despair, namun permainan tiba-tiba sahaja panas apabila Leixia mendapatkan First Blood ke atas IzyBunny yang bermain Beatrix di dalam belukar lorong atas.

Di minit pertengahan pula, pertempuran antara dua pasukan ini sentiasa berpihak kepada RSG MY dengan adanya Loleaz yang bermain Alice meleburkan nyawa pihak lawan di barisan hadapan.

Kerjasama di antara Izanami dan juga Zacus memberi impak besar dalam mengawal permainan, dengan penggunaan Combo Tyrant’s Rage daripada Khufra disusuli skil Starlight Pulse dan Brilliance daripada Lunox memberikan kerosakan meledak sehingga melenyapkan pemain-pemain pasukan daripada Thailand.

Permainan diteruskan dengan pengambilan lord tanpa gangguan dan sentuhan ke atas mana mana turret RSG MY.

Selang beberapa minit, IDNS terpaksa akur dengan kekalahan di pusingan pertama itu dengan mata bunuh 13-22. Pujian layak diberikan kepada Zacus dengan prestasi cemerlang sepanjang permainan dan KDA 2/6/15 serta dinobatkan sebagai Pemain Terbaik (MVP).

Foto: YouTube / Mobile Legends

Foto: YouTube / Mobile Legends

Pusingan kedua
Pasukan RSG MY tanpa ragu memilih Khufra dan juga Ling sebagai pilihan pertama hero dalam pusingan ini. Selain itu, RSG MY juga mempertaruhkan Harith, Phoveus, dan juga Pharsa.

Pemilihan Harith daripada Loleaz dipatahkan menggunakan Esmeralda yang dimainkan oleh FlashXz di lorong atas melihatkan kepada kekuatan kuasa Frostmoon Shield yang berterusan daripada hero ini.

Pergelutan antara kedua-dua pasukan kali ini menunjukkan saingan yang kuat sehingga memakasa para pemain untuk menyiapkan sekurang kurangnya satu item pertahanan.

https://www.instagram.com/p/CP2s7yoFI9A/

 

Pemilihan Angela sebagai hero support pasukan IDNS dilihat efektif kerana adanya Heartguard yang menyukarkan pergerakan di samping menurunkan kadar kerosakkan yang dikeluarkan oleh pasukan RSG MY.

Kekebalan yang ada pada pasukan IDNS seperti Uranus dan Paquito dilihat mampu merintang segala kerosakan yang dikenakan ke atas mereka.

Tidak kurang juga usaha Renita sebagai Paquito yang dahagakan darah Izanami di bahagian belakang dengan harapan untuk menghentikan Feathered Air Strike daripada Pharsa.

https://www.instagram.com/p/CP2mOUuFh78/

Walaupun begitu, disiplin yang ditonjolkan oleh pasukan RSG MY menjanjikan kemenangan lantaran detik cemas cubaan pasukan IDNS untuk mendapatkan Crystal bersama lord dapat diselamatkan oleh Leixia seterusnya menyapu bersih ahli pasukan IDNS di pangkalan mereka sebelum mengunci kemenangan 2-0 dengan mata bunuh 29-17, gelaran pemain terbaik kali ini diberikan kepada Leixia dengan KDA 10/2/9.

Foto: YouTube / Mobile Legends

Menerusi dua kemenangan berturut-turut di peringkat kumpulan menentang pasukan Singapura RSG SG dan pasukan Thailand IDNS, RSG MY dijangka akan diletakkan dalam kelompok Upper Bracket peringkat playoff MSC 2021 nanti.

 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved