Connect with us

Mobile Legends

Perjuangan Malaysia di MSC tamat, RSGMY top 4

Published

on

DRAFTING Filipina sememangnya luar biasa sehingga mampu menganggu corak permainan Malaysia pada peringkat Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2021.

Dua kali skuad tanah air RSGMY ‘lemas’ dengan Filipina iaitu menerusi Blacklist International pada peringkat upper bracket dan kali ini menerusi Execration di lower bracket.

Pada perlawanan semalam, Execration dilihat mampu melakukan pembalasan drafting terhadap pemilihan hero-hero daripada RSGMY.

Contohnya, pada pusingan kedua  ketika RSGMY memilih hero Gloo. Setakat malam ini, Gloo telah dipilih sebanyak 19 kali di MSC dan 19 kali dikeluarkan daripada drafting. Hero itu juga mempunyai 58% kemenangan setakat Sabtu.

Namun begitu, pemilihan RSGMY itu dibalas dengan hero support yang pertama kali digunakan di MSC 2021 iaitu Faramis.

Secara keseluruhan bukan drafting sahaja yang memberi kelebihan kepada Execration, tetapi kerjasama sepasukan dan kombo hero-hero yang dipilih.

Gabungan hero Ling yang digunakan pemain Execration, Kielvj dan Harith oleh Kelra  bertubi-tubi memberi asakan kepada RSGMY dalam pusingan yang berlangsung lebih 15 minit itu.

Dalam pusingan itu, Keilvj mati sekali sahaja dan mencatat rekod KDA 10/1/5.

PEMILIHAN HERO
Pusingan 2
RSGMY: Pupol dan Kupa, Pharsa, Gloo, Alice, Granger
Ban: Selena, Jawhead, Diggie, Lunox, Claude
EXE: Harith, Faramis, Ling, Yve, Khufra
Ban: Mathilda, Aldous, Benedetta, Beatrix, Hayabusa
MVP: Kielvj

https://www.instagram.com/p/CQBdaTCFtQg/

Pusingan 1
RSGMY: Pupol dan Kupa, Lunox, Harith, Uranus, Lancelot
Ban: Selena, Jawhead, Diggie, Alice, Khufra
EXE:Ling, Yve, Gloo, Grock, Claude
Ban: Mathilda, Aldous, Bendetta, Barats, Hayabusa
MVP: Kielvj

Peringkat awal permainan sebenarnya berpihak kepada RSGMY sehingga Kaizer beberapa kali ‘mencuri’ purple buff (Serpent), namun beberapa kesilapan dari pasukan itu di Mid Lane memberi ruang kepada Execration melakukan serangan balas.

Leixia yang menggunakan Lancelot juga sepatutnya mendapatkan mata bunuh yang banyak pada awal permainan terutama hero core Execration, tapi Kelra sangat licik menyelamatkan diri.

Pada lewat permainan, beberapa item Claude yang digunakan Kelra banyak yang telah siap sehingga menyebabkan kesakitan melampau menerusi serangan blazing duet.

https://www.instagram.com/p/CQBaAG9FgGz/

Menerusi kekalahan itu, RSGMY terpaksa akur untuk berada di kedudukan keempat dalam gelanggang Mobile Legends yang terbesar di Asia Tenggara itu. Satu lagi skuad Malaysia, Todak sebelum ini tersingkir di peringkat lower bracket.

Sementara itu, Execration dijangka akan bertemu dengan jaguh Indonesia, EVOS Legends pada peringkat final lower bracket MSC 2021 dalam perlawanan terbaik antara lima pusingan esok.

Salah satu pasukan yang memenangi perlawanan itu akan bertemu dengan pasukan nombor 1 Filipina, Blacklist International.

Kejohanan MSC disertai 12 pasukan terbaik daripada lapan negara Asia Tenggara dan disiarkan secara langsung mulai 7 Jun sehingga 13 Jun 2021.

Ia boleh ditonton secara langsung di Facebook dan YouTube Mobile Legends.

MSC 2021 menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000 (AS$100,000) secara keseluruhan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved