Connect with us

Mobile Legends

Execration juara MSC 2021, musnahkan winstreak Blacklist International

Published

on

PASUKAN Filipina, Execration muncul sebagai juara Piala Asia Tenggara (MSC) 2021 selepas menewaskan rakan senegara Blacklist International 4-1 pada peringkat grand final yang berlangsung seketika tadi.

Selepas mendapatkan momentum pada tiga kemenangan pertama, Execration seperti mahu menamatkan perlawanan dengan segera pada pusingan kelima selepas memenangi beberapa pertempuran (team fight) pada awal pusingan.

Dalam masa 7 minit 30 saat, Execration berjaya mengutip 12 mata bunuh (kills) dan menjatuhkan dua turrets Blacklist International.

7 minit selepas itu, menerusi momentum yang ada selepas mengutip tiga pusingan kemenangan berturut-turut, Execration tidak memilih untuk membuang masa dengan memusnahkan pangkalan terakhir Blacklist International.

Penggunaan skil Meteor Shower daripada pemain Execration, Duane Pillas (Kelra) yang memilih hero Chang’e juga dilihat sangat berleluasa dalam peperangan Land of Dawn itu.

Kelra mengutip 14 mata bunuh secara total dan hanya mati dua kali dalam pertarungan yang mengambil masa 14 minit dan 45 saat itu.

Berikutan prestasi yang memberangsangkan pada grand final dan sepanjang MSC dijalankan, Kelra yang baru berusia 16 tahun turut dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan itu.

“Terima kasih kepada penyokong kami kerana mempercayai kami.

“Kami berjaya membuktikan yang kami juga kuat dan menjadi juara,” kata Kelra dalam satu temu bual selepas meraih kemenangan itu.

https://www.instagram.com/p/CQEDPwBJYEe/

Berikut adalah senarai hero yang digunakan bagi kedua-dua pasukan Excreation dan Blacklist International dalam lima pusingan itu:

Pusingan 1
Blacklist: Lunox, Diggie, Paquito, Brody, Popol dan Kupa,
Ban:Selena, Jawhead, Yve, Grock, Claude

Execration: Bendetta, Pharsa, Gloo, Rafaela, Vale
Ban:Mathilda, Estes, Aldous, Faramis, Franco

Pusingan 2
Blacklist: Lunox, Rafeala, Bendetta, Gloo, Yi Sun Shin
Ban: Yve, Selena, Jawhead, Grock, Claude

Execration: Mathilda, Brody, Paquito, Eudora, Kagura
Ban: Aldous, Estes, Popol dan Kupa, Diggie, Bruno

https://www.instagram.com/p/CQDvQcrFrlj/

 

Pusingan 3
Blacklist: Rafaela, Harith, Granger, Barats, Diggie
Ban: Jawhead, Selena, Yve, Lunox, Pharsa

Execration: Esmeralda, Angela, Benedetta, Popol dan Kupa, Brody
Ban: Lapu-Lapu, Paquito, Aldous, Estes, Mathilda

https://www.instagram.com/p/CQDzQRRppsh/

Pusingan 4
Blacklist: Brody, Benedetta, Diggie, Alice, Glooe
Ban: Jawhead, Selena, Yve, Claude, Lancelot

Execration: Lunox, Paquito, Rafeala, Popol dan Kupa, Ling
Ban:Harith, Angela, Aldous, Estes, Mathilda

https://www.instagram.com/p/CQD4E2Ts6IU/

Pusingan 5
Blacklist: Lunox, Franco, Popol dan Kupa, Paquito, Granger
Ban: Jawhead, Selena, Yve, Angela, Pharsa

Execration: Chang’e, Diggie, Gloo, Brody, Rafaela
Ban: Bruno, Estes, Mathilda, Aldous, Faramis

https://www.instagram.com/p/CQD72jOFwnb/

Execration kini digelar sebagai “MPL Champion Slayer” kerana menewaskan dua jaguh MPL dalam satu hari, iaitu 3-1 menentang pasukan Indonesia EVOS Legends di peringkat final lower bracket dan 4-1 di peringkat grand final MSC.

Execreation juga menewaskan juara MPL Malaysia, RSGMY pada semalam dengan rekod 2-0.

Menerusi kemenangan Execration, ia telah menjadikan rekod Filipina menjuarai kejohanan itu adalah sebanyak dua kali sepanjang sejarah MSC diadakan sejak 2017.

Kali terakhir Filipina memenangi MSC adalah pada tahun 2018 menerusi pasukan Ather Main.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved