Connect with us

Mobile Legends

Pemain 16 Tahun, Kelra jadi MVP Asia Tenggara Mobile Legends

Published

on

PEMAIN Filipina daripada pasukan Execration, Duane Pillas (Kelra) dipilih sebagai pemain terbaik (MVP) Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2021.

Kelra yang baru berusia 16 tahun itu menunjukkan corak permainan yang konsisten dan sangat baik sepanjang kejohanan itu berlangsung terutama pada peringkat grand final.

Sepanjang lima pusingan grand final menentang pasukan senegara, Blacklist International (Blacklist), Kelra berjaya mendapatkan tiga MVP.

BACA: Execration juara MSC 2021, musnahkan winstreak Blacklist International

“Hanya berlatih setiap hari,” kata Kelra dalam satu sidang media MSC 2021 apabila ditanya bagaimana dia mampu memberikan satu aksi yang sangat baik dalam kejohanan itu.

Kelra yang turut menerima gelaran “Shadow Striker” dalam kalangan pengulas Indonesia, mempamerkan penggunaan strategi hero Esmeralda sebagai hypercarry yang baik pada pusingan ketiga dan penggunaan Meteor Shower sebagai Chang’e yang berkesan sehingga menghadiahkan kemenangan kepada Execration dalam MSC pada pusingan terakhir grand final.

https://www.instagram.com/p/CQDzQRRppsh/

Pada peringkat Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Filipina Musim Ketujuh 2021 yang lalu, Kelra telah dipilih sebagai Pemain Baru (Rookie) Terbaik.

Kelra dan Execration muncul sebagai juara MSC 2021 pada Ahad lalu selepas mengalahkan Blacklist 4-1 pada peringkat grand final.

Menerusi kemenangan Execration, ia telah menjadikan rekod Filipina menjuarai kejohanan itu kini menjadi sebanyak dua kali sepanjang sejarah MSC diadakan sejak 2017.

Kali terakhir Filipina memenangi MSC adalah pada tahun 2018 menerusi pasukan Ather Main.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved