Connect with us

Mobile Legends

MSC: Prestasi, drafting Todak timbul tanda tanya

Published

on

Foto: MPL / Moonton

PERLAWANAN pertama pasukan Todak pada peringkat kumpulan Piala Asia Tenggara (MSC) 2021 dilihat seperti hilang arah apabila drafting pemilihan hero menemui jalan buntu.

Pada pusingan pertama, hero-hero yang dipilih Todak adalah Lunox, Benedetta, Diggie, Thamuz dan Alice.

Melihat formasi yang ditunjukkan oleh pasukan Todak, pasukan itu dilihat mahu menggunakan strategi Diggie Feeder untuk mengganggu pemain EVOS Legends, Ferciix yang menggunakan hero Granger daripada melakukan farming pada peringkat awal permainan.

Namun strategi yang dibawakan oleh Todak ini dibalas secara rakusnya oleh EVOS Legends dengan menetapkan pemainnya,  L J untuk menggunakan Hilda sebagai hero tank.

Kerosakan yang dilakukan oleh Hilda semakin parah kerana strategi Diggie Feeder memberikan L J stack terkumpul sekali gus melebarkan lagi jurang kutipan gold di antara dua pasukan ini.

LJ dilihat mampu mengumpul stack penuh untuk Hilda meski hero itu belum lagi mencecah Level 4 dalam permainan. Umum mengetahui, setiap kills dan assists yang dilakukan Hilda akan mengukuhkan lagi skil utamanya iaitu Power of Wildness dengan meningkatkan kesan musnah fizikal dengan 25 mata.

Jika Hilda mencapai stack yang paling tertinggi, kesan musnah (damage) hero itu akan meningkat kepada 50% dan 40% pertahanan fizikal musuh akan digugurkan.

Lantaran itu, strategi Diggie Feeder Todak dilihat memakan pasukan itu sendiri apabila secara tidak sengaja telah membantu EVOS Legends untuk meningkatkan skil utama Hilda, Power of Wildness.

https://www.instagram.com/p/CPztzKtj5SD/

Ekoran pemilihan hero kebal dan memiliki kerosakkan yang meledak (burst damage), Hilda tidak lagi dilihat sebagai tank pasukan EVOS Legends namun sebagai ancaman besar bagi pemain penting pasukan Todak.

Kutipan mata bunuh EVOS Legends dengan 40-2 disifatkan sebagai mudah dan menjadi pembakar semangat bagi perlawanan yang seterusnya. Penggunaan hero Hilda yang sangat baik menjadikan LJ sebagai pemain terbaik pusingan pertama dengan KDA 0/0/24.

Foto: YouTube / Mobile Legends

Pada pusingan yang kedua, pasukan Todak cuba bangkit dari kekalahan dengan meletakkan hero seperti Ling, Kufra, Chou, Paquito dan Pharsa dengan harapan untuk menyamakan kedudukan mereka.

Tetapi pasukan Todak dikejutkan dengan pemilihan Diggie oleh EVOS Legends, seolah olah ingin mengajarkan pasukan Todak cara bermain Diggie dengan betul.

Foto: YouTube / Mobile Legends

Dalam pusingan kedua itu, Todak sedikit bermaya memberikan saingan yang cukup sengit dan adanya komunikasi yang baik antara ahli pasukan.

Namun, ternyata kekuatan dan pengalaman EVOS Legends lebih memberi impak apabila pasukan itu berjaya mendapatkan kemenangan 2-0. Ferciix yang bermain sebagai  Benedetta diangkat sebagai pemain terbaik di pusingan yang kedua dengan catatan KDA 10/2/1.

Todak akan kembali bermain di peringkat kumpulan B menentang pasukan Vietnam Cyber Exe pada jam 8 malam nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved