Mobile Legends
Paruh Todak belum tumpul, tusuk Cyber Exe 2-0

PERLAWANAN kedua Todak pada peringkat kumpulan Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2021 menentang pasukan Vietnam, Cyber Exe meperlihatkan persaingan yang sengit sejak awal permainan.
Pemilihan Aldous sebagai hero utama pasukan Cyber Exe mendesak pasukan Vietnam untuk memberi masa kepada Nho mengumpul stack pada fasa awal pemainan.
Todak kali ini menggunakan hero yang dilihat memberi kelebihan kepada mereka iaitu Benedetta, Kufra, Ling , Angela, dan juga Phoveus.
Kutipan mata dan gold kekal seimbang sepanjang permainan dan perjuangan masih lagi diteruskan oleh kedua-dua pasukan sehingga memasuki fasa lewat permainan.
Cubaan pertama untuk mengumpan pasukan Cyber Exe pada minit ke-16 sedikit berterabur apabila Momo yang bermain Phoveus masuk sedikit awal tanpa bantuan dari ahli pasukan menyebabkan rancangan Todak mudah saja dipatahkan.
https://www.instagram.com/p/CP0ZebmpgBE/
Pada masa yang sama Ciku gagal melakukan split push menghapuskan Crystal dari lorong bawah akibat terkena Abyssal Arrow yang dibaling TNTK dari jarak jauh.
Pergerakkan GNART di lorong bawah berseorangan dapat dihidu oleh Ciku lantas membenamkan pedangnya ke tubuh Alice. “Shutdown” untuk Gnart dan situasi itu sekali gus menghidupkan peluang baru kepada Ciku dan Todak untuk mengambil lord dengan mudah.
Pasukan Todak akhirnya dapat menarik nafas lega setelah gelombang lord kali kedua dapat menjatuhkan Crystal pasukan Cyber Exe dengan mata bunuh18-18. Ciku berjaya menempah nama sebagai pemain terbaik pusingan pertama dengan KDA 7/3/8.

Foto: YouTube / Mobile Legends

Foto: YouTube / Mobile Legends
Pada pusingan kedua Todak mempertaruhkan hero Yve, Kufra, Lancelot, Harith dan juga Yu Zhong.
Pada peringkat awal permainan, Todak dilihat sukar untuk mendominasi permainan kerana Nho yang bermain Cyclops sentiasa mengapit dengan dua orang pemain dan disertai bekalan nyawa HP dari Estes.
Walau bagaimanapun, langit tidak selalu cerah untuk Cyber Exe apabila Ciku mula menunjukkan taringnya dengan tarian Zaman Force di Land of Dawn.
https://www.instagram.com/p/CP0b9oqlRQZ/
Kemenangan dapat diraih oleh pasukan Todak hanya bertemankan luminous lord pertama dengan kutipan mata bunuh 20-11.
Gelaran pemain terbaik layak diberikan buat kali ke-2 kepada Ciku yang berjaya menunjukkan prestasi terbaik pada pusingan kedua dengan KDA 9/3/6.

Foto: YouTube / Mobile Legends