Connect with us

Mobile Legends

MPL: Fenrir teruja beraksi bersama RRQ, tidak lupa keluarga Bosskurr

Published

on

Fenrir (atas dua dari kanan) bersama pasukan RRQ Sena - Foto YouTube / TeamRRQ

PEMAIN profesional Mobile Legends : Bang Bang (Mobile Legends), Nashrudin Kamsani (Fenrir) teruja apabila diberi peluang untuk menyertai pasukan yang beliau menyifatkan sebagai Raja Mobile Legends, RRQ.

Fenrir yang bakal menyertai liga semi profesional Mobile Legends (MDL) Indonesia menerusi skuad RRQ Sena berkata penyertaannya dalam pasukan nombor dua dunia itu sebagai satu tanggungjawab besar.

“Liga Indonesia merupakan satu platform yang besar dalam sejarah Mobile Legends.

“Namun, tidak pernah terdetik bagi saya untuk menyertai RRQ. Sememangnya saya rasa teruja namun sedikit berasa tekanan berikutan harapan yang diberikan kepada saya untuk bermain dengan baik.

“Selepas bermain untuk beberapa musim di Liga MPL Malaysia dan Singapura dan kini kembali di Indonesia memang satu risiko yang besar namun saya menyifatkan belum lagi masanya untuk saya bersara,” kata Fenrir kepada What’s The Meta Today.

Fenrir berkata perjalanannya dalam arena kompetitif belum tamat kerana dia mahu membuktikan sesuatu kepada dirinya dan berhasrat untuk membawa pulang trofi kemenangan MPL sebelum bersara.

MDL Indonesia merupakan kemunculan kedua Fenrir di negara itu. Dia sebelum ini pernah bermain untuk ONIC Esports pada MPL untuk musim kedua bersama pemain Malaysia, Lu Khai Bean (Sasa) dan pemain Singapura James Chen.

Fenrir kemudiannya bermain untuk pasukan Singapura Nara Esports pada musim ketiga MPL Malaysia dan Singapura dan Notorious Villians (Boss NV) pada musim keempat.

Fenrir berkata meski dia kini berada di Indonesia, dia tidak akan melupakan ‘keluarganya’ di Malaysia iaitu Bosskurr.

“Saya mendoakan yang terbaik untuk mereka di MPL. Gabungan generasi lama dan baru akan memberi kemenangan buat mereka.

“InsyaAllah semuanya akan baik sahaja untuk mereka dan seharapnya kombinasi pemain-pemain tersebut mampu menjadikan mereka sebagai Raja Mobile Legends Malaysia.

“Satu hari nanti saya akan pulang semula,”kata Fenrir.

Fenrir merupakan antara nama besar dalam arena kompetitif Mobile Legends Malaysia dan Singapura.

Antara pencapaian Fenrir termasuk meraih tempat ketiga pada musim kedua MPL Indonesia bersama ONIC Esports dan kedudukan enam teratas bersama Nara Esports dan NV Bosskurr pada musim kelima dan keempat MPL Malaysia dan Singapura.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved