Connect with us

Mobile Legends

Soloz nafi ada akaun twitter, mohon lapor akaun palsu

Published

on

Soloz nafi ada akaun twitter. - Foto fail WTM Today

KUALA LUMPUR – Penghibur penstriman langsung Facebook Gaming nombor 1 Malaysia, Faris Zakaria (Soloz) menafikan dia mempunyai akaun Twitter.

Soloz yang merupakan salah seorang pengasas organisasi e-sukan popular tanah air, Team Bosskurr, menegaskan akaun Twitter @_solozsoloz bukan miliknya.

“Saya tiada akaun Twitter lagi. Akaun @_solozsolot adalah palsu,” kata Soloz kepada What’s The Meta Today (WTM Today).

Berdasarkan pemerhatian WTM Today, akaun @_solozsoloz tersebut baru dibuka pada bulan ini.

BACA: Kena pandai bersyukur dan sentiasa rendah diri – Daddyhood

Berikutan itu, Soloz dalam satu catatan media sosialnya juga menggesa orang ramai untuk melaporkan akaun palsu itu.

Setakat ini Soloz hanya mempunyai dua akaun media sosial rasmi iaitu di Facebook Page Soloz yang mempunyai lebih 879,000 pengikut dan Instagram Soloz yang mempunyai lebih 263,000 pengikut.

Soloz merupakan antara pemain e-sukan tanah air yang sedang meningkat naik sehingga mendapat gelaran ‘Maharaja Soloz’ dalam kalangan peminatnya.

Antara pencapaian Soloz dalam dunia penstriman langsung termasuk Anugerah Pencipta Kandungan Facebook yang Paling Banyak Menerima Jumlah Tontonan di Malaysia yang pernah dimenanginya pada Julai 2019.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved