Connect with us

PUBG Mobile

#PMCO2019: Bigetron RA layak ke Global Final

Published

on

Bigetron terdiri daripada kembar berbakat besar, Made Bagas Pramudita (Zuxxy) dan Made Bagus Prabaswara (Luxxy), Muhammad Albi (Ryzen) dan Nizar Lugatio (MiCROBOY). - Foto Facebook / Boyka

KUALA LUMPUR – Pasukan profesional PUBG Mobile Indonesia, Bigetron Esports (Bigetron RA) berjaya mendapatkan slot ke Final Global PMCO Musim Luruh 2019 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat ini.

Selepas tiga hari pusingan awal berlangsung, Bigetron RA memperoleh 271 mata kemenangan dan 4 Chicken Dinner.

Menerusi mata kemenangan itu, Bigetron RA yang kini mendapatkan khidmat Khairunnazri Masli (Boyka) sebagai jurulatih sementara menduduki tempat kedua secara keseluruhan, berada di belakang pasukan Thailand, MEGA Conqueror.

Pasukan gajah putih yang berada di ranking pertama pusingan awal PMCO itu memperoleh 323 mata dengan 4 Chicken Dinner.

Selain itu, pasukan Orange Esports turut berjaya mendapatkan slot ke final dengan 182 mata secara keseluruhan.

Menerusi keputusan pusingan awal itu menyaksikan Asia Tenggara mendominasi dalam Final Global nanti dengan penglibatan 6 pasukan yang bertanding.

Acara kemuncak Final Global PMCO Musim Luruh 2019 akan bermula pada 29 November ini menyaksikan sebanyak 16 pasukan PUBG Mobile dari seluruh dunia bersaing akan merebut kejuaraan ini dengan wang terkumpul kira-kira RM2 juta (AS$500,000) bakal ditaruhkan.

Satu-satunya pasukan Malaysia, Yoodo Gank turut akan bersaing dalam kejohanan ini. 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved