Connect with us

PUBG Mobile

#PMCO2019: Luxxy Bigetron RA pedih bernafas, dibawa ke klinik semalam

Published

on

Jurulatih Bigetron RA, Khairunnazri Masli (Boyka) berkata Luxxy mengadu berasa pedih apabila dia bernafas ketika perlawanan sedang berlangsung lagi. - Foto Boyka

KUALA LUMPUR – Pemain profesional Indonesia bagi pasukan Bigetron RA, Made Bagus Prabaswara (Luxxy) difahamkan dikejarkan ke klinik berdekatan selepas tamat perlawanan hari kedua Pusingan Awal Final Global PMCO Musim Luruh 2019 semalam.

Jurulatih Bigetron RA, Khairunnazri Masli (Boyka) berkata Luxxy mengadu berasa pedih apabila dia bernafas ketika perlawanan sedang berlangsung lagi.

“Ketika dalam perlawanan lagi dia mengadu rasa tidak selesa. Lepas tamat perlawanan kami terus bawanya ke klinik untuk rawatan.

“Doktor kata berdasarkan kahaknya ada jangkitan kuman, jadi doktor berikan penebula untuk mencairkan kahak.

“Sebelum ini Luxxy pernah alami situasi yang sama tapi tidak berjumpa dengan Doktor,” kata Boyka ketika dihubungi What’s The Meta.

Meski melalui situasi yang tidak selesa, Luxxy bersama Bigetron RA berjaya mengekalkan kedudukan ranking kedua dalam pusingan awal PMCO setakat ini dengan 195 mata.

Apabila ditanya adakah Luxxy mampu bersaing pada hari ini, Boyka berkata: “InsyaAllah, Luxxy masih boleh bermain.”

Ketika ini sedang berlangsung pusingan awal Final Global PMCO dan 3 pasukan teratas di peringkat ini akan layak ke acara utama kejohanan itu yang bakal bertempat di PWTC pada 29 November sehingga 1 Disember ini.

Wang terkumpul kira-kira RM2 juta (AS$500,000) bakal ditaruhkan dan sebanyak 16 pasukan PUBG Mobile dari seluruh dunia akan merebut kejuaraan ini.

Satu-satunya pasukan Malaysia, Yoodo Gank turut akan bersaing dalam kejohanan ini.


© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved