Connect with us

PUBG Mobile

#PMCO2019: “Saya harap boleh hiburkan penonton” – Fredo

Published

on

FREDO:Ini adalah satu pentas yang besar. Saya harap dapat mengulas dengan baik dan menghiburkan penonton. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan pemain kompetitif e-sukan tanah bagi pasukan Bosskurr Gaming (Bosskurr) Ahmad Fuad Razali (Fredo) teruja diberi peluang untuk mengulas Final Global Musim Luruh PUBG Mobile (PMCO) 2019.

“Saya memang rasa gembira dan teruja diberi peluang ringkas untuk jadi pengulas Final Global PMCO.

“Ini adalah satu pentas yang besar. Saya harap dapat mengulas dengan baik dan menghiburkan penonton,”katanya ringkas kepada What’s The Meta.

Sebelum ini,  PUBG Mobile mengumumkan pengasas bersama Bosskurr itu bakal mengulas kejohanan dunia itu bersama duo Janda Hunter dan On The Go.

Turut menjadi tetamu jemputan adalah Pengurus atlet e-sukan ke Sukan SEA 2019, Firdaus Hashim (MasterRamen).

Final Global Final Global Musim Luruh PUBG Mobile Club Open (PMCO) 2019 akan berlangsung pada 29 November sehingga 1 Disember depan di Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC) Kuala Lumpur.

Wang terkumpul kira-kira RM2 juta (AS$500,000) bakal ditaruhkan dan sebanyak 29 pasukan PUBG Mobile dari seluruh dunia akan merebut kejuaraan ini.

Satu-satunya pasukan Malaysia, Yoodo Gank turut akan bersaing dalam kejohanan ini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved