Connect with us

PUBG Mobile

#PMCO2019: Bigetron raih 91 mata, kini kedudukan nombor dua

Published

on

Pasukan Bigetron Esports ketika ini sedang mendapat khidmat jurulatih sementara dari Pemain profesional PUBG Mobile tanah air, Boyka - Foto Facebook / Bigetron Esports

KUALA LUMPUR – Pusingan awal bagi Kejohanan Dunia Musim Luruh PUBG Mobile Club Open (PMCO) 2019 menyaksikan gergasi Indonesia, Bigetron Esports (Bigetron) berada di tempat kedua pada hari pertama.

Bigetron yang meraih 91 mata secara keseluruhan berada di belakang pasukan Thailand, MEGA Conqueror yang mengutip mata 107 mata.

BACA: Fredo bakal jadi pengulas pada Final Global

Pada hari pertama tersebut, Bigetron turut berjaya mengutip 1 Chicken Dinner.

Bigetron terdiri daripada kembar berbakat besar, Made Bagas Pramudita (Zuxxy) dan Made Bagus Prabaswara (Luxxy), Muhammad Albi (Ryzen) dan Nizar Lugatio (MiCROBOY).

Pasukan itu ketika ini sedang mendapat khidmat jurulatih sementara dari pemain profesional PUBG Mobile tanah air, Khairunnazri Masli (Boyka).

Final Global Final Global Musim Luruh PUBG Mobile Club Open (PMCO) 2019 akan berlangsung pada 29 November sehingga 1 Disember depan di Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC) Kuala Lumpur.

Wang terkumpul kira-kira RM2 juta (AS$500,000) bakal ditaruhkan dan sebanyak 29 pasukan PUBG Mobile dari seluruh dunia akan merebut kejuaraan ini.

Satu-satunya pasukan Malaysia, Yoodo Gank turut akan bersaing dalam kejohanan ini.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved