Connect with us

General

Gank.Fty terbaik dalam PUBG Mobile Malaysia, bawa pulang RM20,000

Published

on

Pasukan PUBG Mobile Gank.Fty dinobatkan sebagai juara Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile Malaysia (PMNC) selepas mempamerkan aksi luar biasa dalam kejohanan itu.

Gank.Fty yang mengutip 406 mata dengan 6 Chicken Dinners pada grand final PMNC turut membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.

Sementara itu pasukan AROV yang menduduki tempat kedua membawa pulang RM15,000, Panda Crew di tempat ketiga membawa pulang RM5,000 dan VIP Squad yang berada di tempat keempat membawa pulang RM4,000.

PMNC 2018 merupakan kejohanan sulung Tencent di Malaysia dan berjaya meraih kira-kira 2 juta tontonan dalam tayangan penstriman langsung pada grand final.

Kejohanan tersebut yang berlangsung di Sunway Velocity Mall itu turut disertai 2,000 peminat.

Ketua Pengarah Asia Tenggara Tencent Games, Oliver Ye berkata seharapnya dengan penganjuran PMNC 2018 dapat membangunkan asas ekosistem e-sukan.

“Asas ini termasuk membawa penglibatan penaja, penganjur kejohanan, bakat-bakat muda, pemain dan komuniti pada satu tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved