Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: “Kami jatuh pun anda tetap memberi sokongan, terima kasih” – Man Parang

Published

on

MAN PARANG: Terima Kasih kerana menyokong kami. Kami jatuh pun anda tetap memberi sokongan. Terima kasih. - Foto What's The Meta /MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Pemain profesional PUBG Mobile bagi pasukan Yoodo Gank Aiman Mohd (Man Parang) menghargai setiap sokongan yang diberikan dari komuniti kepada pasukan itu.

“Sebenarnya tidak terfikir pun tekanan untuk mengekalkan nama Yoodo Gank sebagai salah satu pasukan terkuat di Malaysia.

“Saya hanya memikirkan prestasi kami dan memperbaiki kesilapan kami sebelum Grand Final Final.

“Terima kasih kerana menyokong kami. Kami jatuh pun anda tetap memberi sokongan. Terima kasih,” kata Man Parang secara ringkas.

Dia berkata demikian dalam satu temu bual bersama hos Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura PMPL MY/SG, Nik Harris pada petang tadi.

TONTON VIDEO: YOODO GANK RAIH CHICKEN DINNER KETUJUH

Pasukan Yoodo Gank baharu sahaja memenangi Chicken Dinner ketujuh menerusi pusingan pertama hari ke-12 PMPL MY/SG di peta Sanhok.

Menurut Man Parang, Yoodo Gank memenangi pusingan tersebut kerana bernasib baik.

“Sanhok merupakan satu peta yang kecil dan jarang pemain menggunakan kenderaan.

“Kami bernasib baik kerana mendapat bulatan,” katanya.

Pusingan tadi turut menyaksikan pemain Yoodo Gank, Ahmad Fuad Razali (Fredo) berada di kedudukan kedua di belakang pemain Secret, uHigh dalam kutipan kills terbanyak hari ini.

Berbaki lagi 5 pusingan hari ini, PMPL MY/SG yang bertempat di IO Esports Arena, Kuchai Lama, Kuala Lumpur boleh ditonton secara langsung di Facebook PUBG Mobile.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WTM Media Sdn. Bhd. Company No: 202501057013 (1658419-U) All Rights Reserved