Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: IO Esports Arena raikan Chicken Dinner pertama Singapura

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Lokasi penganjuran Liga Profesional PUBG Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG), IO Esports Arena digegarkan dengan tepukan dan sorakan gemuruh selepas pasukan Singapura, Impunity SG memenangi Chicken Dinner pertama pada malam tadi.

Kemenangan Impunity SG itu diraikan bersama pemain-pemain PUBG Mobile profesional yang lain, pengulas-pengulas e-sukan serta bahagian produksi PMPL MY/SG.

Pasukan Impunity SG meraih Chicken Dinner pertama itu selepas memenangi satu pertempuran hebat menentang pasukan elit PUBG Mobile, Yoodo Gank pada hari kesebelas PMPL MY/SG dalam pusingan Miramar.

Pasukan Malaysia turut memberi semangat dengan kemenangan pertama Impunity SG itu.
Pengulas Cik Am dan J Hunter turut memberikan tepukan dan berdiri memeriahkan kemenangan Impunity SG itu.

LIHAT VIDEO : YOODO GANK VS IMPUNITY SG

Pada pertempuran tiga lawan tiga itu melibatkan VeXz, GudgeJelly dan Rektify dari Impunity SG.

Manakala bagi Yoodo Gank yang masih hidup ketika itu adalah Jumper, Draxx dan Man Parang.

Dari sudut pandangan atas, Man Parang, Draxx dan Jumper dikepung dari bahagian kiri dan kanan mereka yang dilihat memberi kelebihan kepada Impunity SG walaupun kedua-dua pasukan itu mempunyai jumlah pemain yang sama.

Yoodo Gank mengalami sedikit kelemahan berikutan kekurangan helmet dan kelengkapan yang mencukupi kerana mereka terpaksa berdepan dengan pasukan Axis MPX dan Geek Fam sebelum itu.

Dalam pusingan itu, Yoodo Gank sempat mengutip lebih 10 kills (mata bunuh).

Yoodo Gank menghantar Axis MPX ke lobi
Din Jumper meletupkan kereta yang berdekatan dengan pemain Geek Fam Qb.

Menerusi kemenangan itu, Impunity meraih 20 mata tambahan Chicken Dinner pada hari ini dengan 15 mata bunuh.

Secara keseluruhan, Impunity SG berada di ranking ke-21 dengan 218 mata dalam liga utama PUBG Mobile Malaysia dan Singapura itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved