Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: “Saya rasa bahagia dan risau” – Vokey

Published

on

Vokey dan Resurgence ketika ini berada di ranking 10 secara keseluruhan setakat ini dengan 407 mata. - Foto Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Dua perasaan yang boleh digambarkan pemain profesional PUBG Mobile pasukan Resurgence MY Muhammad Imran Rosli (Vokey) iaitu bahagia dan risau.

“Saya rasa bahagia dan risau. Bahagia kerana kami mendapat Chicken Dinner.

“Risau itu untuk pasukan lain. Mereka perlu risau kerana kami akan mendapatkan lagi 6 Chicken Dinner,” kata Vokey penuh keyakinan.

Vokey berkata demikian dalam satu temu bual bersama hos Nik Harris selepas memenangi pusingan Miramar semalam dalam pusingan pertama hari kesepuluh Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) yang berlangsung di IO Esports Arena, Kuchai Lama, semalam.

Vokey dan pasukan Resurgence dilihat mendapat rentak kembali dalam misi memburu kemenangan dalam liga tersebut selepas mutu persembahan yang dilihat merudum pada minggu lalu.

Selain pusingan Miramar, Vokey dan pasukan Resurgence turut meraih Chicken Dinner pada peta Erangel pada semalam.

Dua ahli pasukan Resurgence Alexis Aw Chee Loong (SmallBoY) dan Muhammad Mukhriz Lutfi Fariq Adlan (IronPRO) turut berada dalam ranking pemain mendapat jumlah mata bunuh (kills) terbanyak semalam apabila masing mencatatkan 13 dan 11 kills.

Dalam ranking tersebut, pemain BAPAK AH Esports Mohamad Harith Iskandar Badrul Hisham (Bard) berada di kedudukan pertama dengan 18 kills.

Resurgence ketika ini berada di ranking 10 secara keseluruhan setakat ini dengan 407 mata dan 3 Chicken Dinner.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved