Connect with us

PUBG Mobile

PMPL ID : Bigetron RA ungguli minggu pertama dengan 404 mata, bawa pulang RM17,000

Published

on

Juara PMCO Musim Luruh 2019 itu masih mengekalkan barisan utama. - Foto PUBG Mobile Indonesia

PASUKAN Profesional PUBG Mobile Indonesia, Bigetron RA mengungguli Liga Profesional Indonesia (PMPL ID) minggu pertama dengan kutipan 404 mata.

Menerusi kemenangan minggu pertama itu, Bigetron RA membawa pulang kira-kira RM17,000 (AS$4,000).

Bigetron RA juga berjaya mengutip 5 Chicken Dinner dan 162 mata bunuh (kills) dari 24 pusingan yang dipertandingkan setakat ini.

Bigetron juga mencatatkan jumlah kutipan kills yang banyak dalam satu pusingan PMPL ID iaitu dengan 21 mata iaitu pada Khamis lalu. 

Juara PMCO Musim Luruh 2019 itu masih mengekalkan barisan utama pemain mereka, iaitu Made Bagas Pramudita (Zuxxy), Made Bagus Prabaswara (Luxxy) Muhammad Albi (Ryzen) dan Nizar Lugatio (MiCROBOY).

Sementara itu, pasukan Morph Team yang berada di tempat kedua dengan 285 mata, membawa pulang kira-kira RM12,000 (AS$3,000).

Manakala bagi pasukan RRQ Ryu yang berada di tempat ketiga dengan 273 mata membawa pulang RM9,600 (AS$2,250).

PMPL ID bermula sejak 6 Mac yang lalu dan boleh ditonton secara langsung di Facebook PUBG Mobile Indonesia.

Sebanyak 24 pasukan yang menyertai liga ini yang akan berlangsung selama 4 minggu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved