Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: “Jangan overconfident” – Luxxy98 NED Brotherhood

Published

on

Foto: Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Tidak boleh terlalu berkeyakinan tinggi apabila berada dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG).

Itu kata pemain NED Brotherhood Muhammad Danial Shahrom (Luxxy98).

Luxxy98 berkata apabila berada dalam pertempuran, sesebuah pasukan itu perlu kekal tenang dan fokus.

“Jangan memaksa diri untuk mendapatkan mata bunuh (kill) yang kadang-kadang menyebabkan ada ahli yang akan mati.

“Jika kekurangan ahli akan memberi kesukaran untuk memenangi pertempuran pada akhir perlawanan.

“10 mata bunuh dalam satu pusingan pun sudah cukup, tapi kami memberi tumpuan untuk Chicken Dinner,” katanya.

Luxxy98 berkata demikian kepada hos PMPL MY/SG Nik Harris, selepas memenangi pusingan Sanhok semalam.

NED Brotherhood ketika ini memperoleh 6 Chicken Dinner ketika ini dan berada di ranking ketiga secara keseluruhan dengan 488 mata.

Pada semalam, Luxxy98 turut berjaya mencatatkan rekod kill yang banyak dengan 14 mata.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved