Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Selain iklan Milo, Six juga pernah berlakon iklan Cadbury

Published

on

Cuba teka yang mana satu Six dalam gambar ini? - Foto: YouTube/ Cadbury Dairy Milk Malaysia

KUALA LUMPUR – Pemain profesional PUBG Mobile bagi pasukan elit BAPAK AH Esports Aqil Yusli (Six) pernah membuat kemunculan iklan komersial coklat Cadbury Dairy Milk Malaysia pada 2014.

Dalam satu video yang bertajuk Cuba Teka Apa Yang Abah Bawa Pulang?, Six dilihat berlakon sebagai watak seorang anak yang teruja apabila ayahnya membawa pulang dua bungkusan coklat Cadbury.

Video yang berdurasi 30 saat itu mendapat 570,490 jumlah tontonan setakat berita ini ditulis.

Sebelum ini, tersebar gambar Six sebagai model periklanan bagi produk Nestle Malaysia, Milo dalam satu keratan akhbar.

Six kini sedang bersaing di peringkat Liga PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG) yang berlangsung di IO Esports Arena, Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Foto Instagra / Six

Six dan BAPAK AH Esports ketika ini berada di ranking kedua dengan kutipan 521 mata⁣⁣ secara keseluruhan selepas 9 hari berlangsung PMPL.

RANKING TERKINI PMPL MY/SG 12 MAC 2020

Mereka berada dalam kumpulan B, bersama FV Unbeatablle, Impunity Kage, Team H20, Resurgence, Dingoz, AXIS MPX dan Team NoRecoil.

BAPAK AH Esports dilihat antara pasukan yang berjaya mengekalkan konsisten sejak minggu pertama PMPL dengan sentiasa berada di kedudukan tiga teratas.

Tonton kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura di Facebook PUBG Mobile yang berlangsung setiap hari kecuali Isnin bermula 3 Mac sehingga 22 Mac, pada jam 3 petang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved