Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Lagu remix Yoodo Gank viral, mahu kasi semangat kepada pemain

Published

on

Penyanyi video lagu itu, Bonai Fairus berkata lagu yang merupakan satu remix dari lagu Lil Pump, Gucci Gang.

KUALA LUMPUR – Sebuah video lagu yang didedikasikan khas bagi pasukan PUBG Mobile tanah air, Yoodo Gank viral selepas dimuatnaik pada semalam.

Sejak ia dimuatnaik, di Facebook milik pemain PUBG Mobile Yoodo Gank, Ahmad Fuad Razali (Fredo) ia telah mendapat 54,000 tontonan, 736 perkongsian dan 205 komen.

Penyanyi video lagu itu, Bonai Fairus berkata lagu yang merupakan satu  remix dari lagu Lil Pump, Gucci Gang, itu adalah untuk memberi semangat kepada rakan-rakannya yang berada dalam pasukan Yoodo Gank.

BACA: PMPL – Kami banyak buat silap, tak beraksi dengan baik – Man Parang

“Sebelum ni kalau jumpa Fredo, memang kami akan selalu menyebut perkata Yoodo Gank, Yoodo Gank’ ‘seperti lirik lagu Gucci Gang itu.

“Beberapa hari sebelum ini, ranking keseluruhan Liga Profesional PUBG Mobile (PML) minggu pertama dikeluarkan dan saya terasa seperti mahu mencipta remix ini.

“Lagu ini memang untuk kawan-kawan saya yang mewakili Yoodo Gank,” katanya kepada What’s The Meta Today.

BACA: PMPL: Yoodo Gank menang Anugerah Team MVP

Selain itu, Bonai berkata lagu ini juga menaikkan rakan-rakan dalam pasukan Team Bosskurr yang bertanding dalam pMPL

“Saya rapat juga dengan ahli-ahli Team Bosskurr.

“Prestasi mereka minggu pertama PMPL mereka tidak begitu baik namun tidaklah mengecewakan.

“Jadi untuk naikkan semangat mereka, saya selitkan sekali nama mereka dalam lirik remix ini,” tambahnya.

Bonai juga merupakan seorang pemain PUBG Mobile dan pernah memenangi Kejohanan Penang Esports Festival pada tahun lalu.

Bagi anda mahu menonton lagu tersebut, boleh lihat di bawah:

Shoutout to Bonai Fairus, thanks ma men. All the best Yoodo and Bosskurr 😄

Posted by Fredo Sameon on Tuesday, 10 March 2020

Selepas 9 hari perlawanan, Yoodo Gank kini berada di ranking kelima ketika ini dengan 440 mata.

Yoodo Gank juga berjaya mengutip 6 Chicken Dinner ketika ini, seiring dengan NED Brotherhood.

Sementara itu, pasukan Team Secret mengungguli ranking PMPL dengan 543 mata dan 7 Chicken Dinner.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved