Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Team Secret raih Chicken Dinner keenam!

Published

on

Team Secret selepas memenangi Chicken Dinner keenam pada perlawanan hari ketujuh PMPL MY/SG - Foto Facebook / PUBG Mobile

KUALA LUMPUR – Pasukan PUBG Mobile tanah air, Team Secret Malaysia berjaya mengutip mata kemenangan Chicken Dinner keenam dalam Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MY/SG).

Team Secret meraih mata kemenangan itu selepas memenangi pusingan Sanhok pada hari keenam liga.

Pada bulatan akhir menyaksikan hanya tinggal dua pemain Team Secret yang masih hidup iaitu BiuBiu dan Madtoi yang tenang menjaga kedudukan dalam semak, menunggu TARA Proyecto X dan WoW Tone Esports menghabiskan pertempuran.

Ketika ini, seorang pemain Resurgence, SmallBoy masih lagi hidup dan mampu menembak pemain Wow Tone Esports, SevenUp.

Bagaimanapun, kedudukan SmallBoy dihidu MadToi. MadToi kemudiannya membaling bom ke arah SmallBoy yang akhirnya menyebabkan kecederaan yang teruk

Selang beberapa saat, bulatan terakhir dilihat memberi kelebihan kepada Team Secret, memaksa TARA Proyecto X ke arah Team Secret.

Ketika ini pertempuran sudah menjadi 3 menentang 2 apabila Maffin tersungkur di luar Playzone.

Tidak mahu membuang masa, MadToi terus menembak Maffin dan memaksanya kembali ke lobi.

Seolah-olah mangsa yang termakan umpan, satu per satu pasukan TARA Proyecto X mati, kali ini BiuBiu menjatuhkan Lings yang tiada jauh kedudukannya.

Refleksi yang sangat cepat, Team Secret dilihat mempunyai pengalaman dan skil yang lebih baik apabila berlaku pertempuran dekat, Biubiu terus menembak Arm.

Pusingan Sanhok menjadi milik Team Secret dan mereka kini berada di kedudukan ketiga dengan 56 mata berada di belakang BAPAK AH Esports 66 mata dan pasukan yang paling banyak mengutip mata bunuh hari ini, Dingoz MZ dengan 79 mata setakat ini.

“Sanhok sebenarnya bukan peta kegemaran kami kerana ia banyak bergantung kepada bulatan.

“Jika kita berada di dalam bulatan, ada besar kemungkinan yang kita akan menang. Jika tidak, memang susah.

“Kami masih mengekalkan kedudukan pusingan kami, cuba kami tidak banyak bertembung dengan pasukan lain. Itu mungkin antara sebab kami mendapat Chicken Dinner,” kata BiuBiu kepada hos PMPL MY/SG Nik Harris, di IO Esports Arena, Kuala Lumpur.

Berbaki lagi 2 pusingan, hari ini berlangsung di antara kumpulan A dan B PMPL MY/SG.

Kumpulan A terdiri daripada Bigetron Malaysia, Team Secret MY, Traitor Esports, DivinityEsport, TARA Proyecto X, Tone WoW Esport, Miss Rose Esports Syndicate dan NED Brotherhood.

Manakala Kumpulan B terdiri daripada Bapak Ah Esports, FV Unbeatablle, Impunity Kage, Team H20, Resurgence, Dingoz, AXIS MPX, Team NoRecoil

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved