Connect with us

PUBG Mobile

PMPL: Nestle pertimbang uHigh jadi ‘Budak Milo’

Published

on

Pemain PUBG Mobile Team Secret Malaysia, Muhammad Dhiya Ulhad (uHigh) sangat sinonim dengan minuman coklat malt, milo dalam kalangan peminat - Foto Instagram / @secret_uhigh

KUALA LUMPUR – Syarikat pengeluar makanan dan minuman, Nestle (Malaysia) Berhad pertimbang cadangan untuk mengadakan satu kerjasama yang melibatkan pemain PUBG Mobile tanah air dari Team Secret, Muhammad Dhiya Ulhaq (uHigh) bersama salah satu produknya, iaitu Milo.

Dalam satu komen berbalas kepada pengguna media sosial John Clark di Facebook portal berita e-sukan tanah air, WTM Today, Nestle berkata cadangan itu telah dibawakan kepada bahagian yang berkenaan di syarikatnya untuk pertimbangan.

“Hi (John Clark), ia merupakan satu perkara yang berbesar hati untuk menerima cadangan anda.

“Cadangan yang anda telah kemukakan akan dibawakan ke bahagian berkaitan untuk pertimbangan mereka.

“Terima kasih atas sokongan anda,” kata Nestle.

uHigh sering dilihat meminum air kotak coklat malt Milo ketika sedang beraksi di PMPL MY/SG. – Foto Facebook / PUBG Mobile

Nestle berkata demikian sebagai reaksi kepada cadangan John Clark, yang sebelum ini mengatakan: “Nestle, lihat promosi secara percuma ini. Ambil pemain ini untuk menjadi ‘Budak Milo’ yang baharu.”

uHigh merupakan pemain muda berusia 16 tahun yang berbakat besar dalam arena PUBG Mobile.

Meski ini pertama kali dia beraksi di pentas profesional, uHigh telah dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik pada minggu pertama dengan pencapaian secara keseluruhan 87.7 mata.

Dalam aksi minggu pertama PMPL MY/SG itu, Uhigh merekodkan jumlah kemusnahan sebanyak 12,110 mata, 64 mata bunuh, 3544 mata penyembuhan, 8 mata menyelamat, tempoh masa bertahan selama 10 jam dan 43 saat dengan 5 Chicken Dinner bersama Team Secret.

Uhigh bakal kembali beraksi hari ini dalam perlawanan kumpulan A&B PMPL MY/SG yang memasuki minggu kedua.

PMPL MY/SG merupakan kejohanan rasmi PUBG Mobile bagi kedua-dua negara Malaysia dan Singapura dan berlangsung di IO Esports Arena, Kuala Lumpur.

Pada minggu pertama, PMPL MY/SG mencatatkan tontonan kemuncak kira-kira 49,100 penonton dan anggaran 800,000 sehingga 1 juta tontonan pada setiap hari, bagi penstriman langsung Bahasa Melayu.

Secara keseluruhan, PMPL MY/SG mencatatkan rekod melebihi 7,200,000 tontonan pada minggu pertama.

Berbaki lagi dua minggu, 24 pasukan Malaysia dan Singapura kini sedang bertarung untuk mendapat 16 slot Grand Final PMPL MY/SG.

Juara bagi Grand Final PMPL akan dinobatkan sebagai pasukan PUBG Mobile yang terbaik di Malaysia dan Singapura. Juara juga bakal mendapat tempat ke Liga Dunia di slot Blok Timur.

Sementara itu 3 pasukan teratas PMPL ini akan bertanding di Final Asia Tenggara PMPL 2020.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

Fakta Menarik : Pemain PUBG Mobile BAPAK AH Esports, Aqil Yusli (Six) pernah menjadi model bagi iklan cetak Milo. Lihat gambar di bawah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved