Connect with us

PUBG Mobile

PUBG Mobile : PMPL Amerika dan Liga Dunia ditangguhkan

Published

on

Liga PMPL Amerika ditunda.

E-Sukan Playerunknown’s Battlegrounds Mobile (PUBG Mobile) akan menangguhkan penganjuran Liga Profesional (PMPL) Amerika dan Liga Dunia.

PUBG Mobile berkata keputusan untuk menangguhkan liga tersebut selepas mengambil kira situasi wabak COVID-19 ketika ini.

“Keselamatan dan kesihatan pemain, pasukan, komuniti, rakan kongsi dan staf adalah keutamaan PUBG Mobile Esports.

“Kami akan terus memantau perkembangan terkini mengenai keadaan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

“Kami juga akan melibat sebarang kemungkinan dan mengenal pasti pilihan yang ada untuk mengadakan kejohanan secara atas talian yang adil pada masa akan datang,” kata PUBG Mobile dalam satu kenyataan pada pagi tadi.

PUBG Mobile juga berkata mereka juga melihat situasi ini sebagai satu peluang untuk menghiburkan peminat e-sukan menerusi platform penstriman langsung secara talian.

“Terima kasih kerana memahami dan sokongan anda. Tarikh acara kejohanan akan dimaklumkan kelak,” katanya.

PMPL Amerika dijangka akan berlangsung pada bulan April dan melibatkan 16 pasukan termasuk Cloud 9, Omen Elite, Team Queso,  RED Canids dan Tempo Storm.

Manakala kejohanan Global Final Liga Dunia PMPL yang melibatkan 32 pasukan PUBG Mobile terbaik dunia dijangka akan berlangsung pada bulan Mei.

Sementara itu di Malaysia, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perutusan khas mengenasi situasi semasa COVID-19 semalam mengumumkan satu Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac sehingga 31 Mac di seluruh negara.

Beliau berkata perintah itu dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Portal e-sukan What’s The Meta Today (WTM Today) sedang mendapatkan reaksi dari penganjur PMPL Malaysia susulan Perintah Kawalan Pergerakan itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved