Connect with us

PUBG Mobile

COVID 19: PMPL MY/SG sah ditangguhkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan kerajaan

Published

on

PMPL Malaysia dan Singapura SAH ditunda.

LIGA PUBG Mobile utama di Malaysia dan Singapura, Liga Profesional (PMPL MY/SG) akan ditangguhkan pada satu tarikh ditetapkan.

Perkara itu disahkan PUBG Mobile dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut penganjur, keputusan dilakukan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan kerajaan mulai 18 Mac 2020 – 31 Mac 2020.

“Selepas mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak yang terlibat, kami akan menangguhkan PMPL MY/SG seiring dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkaitan dengan COVID-19.

“Kesihatan dan keselamatan pemain, pasukan, komuniti dan staf merupakan keutamaan kami.

“Terima kasih kerana memahami dan sokongan yang diberikan anda. Kami akan memaklumkan satu tarikh baru kelasungkan kejohanan yang akan ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perutusan khas mengenasi situasi semasa COVID-19 mengumumkan satu Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac sehingga 31 Mac di seluruh negara.

Beliau berkata perintah itu dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

PMPL MY/SG sudah melalui dua minggu peringkat liga dengan menyaksikan pasukan Bapak Ah Esports mendahului 729 mata.

Berbaki satu lagi minggu, PMPL MY/SG sepatutnya dijadualkan akan memulakan minggu ketiga liga pada hari ini jam 3 petang.

Kejohanan liga ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM621,000 secara keseluruhan.

Juara bagi PMPL akan dinobat sebagai pasukan PUBG Mobile yang terbaik di Malaysia dan Singapura. Juara juga bakal mendapat tempat ke Liga Dunia di slot Blok Timur.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved