Mobile Legends
Team Secret keluar zon merah

KUALA LUMPUR – Selepas 1 musim, akhirnya Team Secret boleh menarik nafas lega buat seketika apabila berjaya keluar dari dasar laut zon merah ranking Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia.
Pada semalam, Team Secret mencatat sejarah tersendiri apabila akhirnya berjaya meraih mata pertama di MPL Malaysia sepanjang penglibatan pasukan itu sejak musim ke-11.
Selepas 3 perlawanan dimainkan, Team Secret kini mempunyai 1 mata dan berada di kedudukan nombor lapan liga ketika ini.
Team Secret bagaimanapun antara pasukan yang sudah bermain sebanyak tiga perlawanan berbanding pasukan-pasukan yang lain yang hanya bermain satu atau dua perlawanan setakat ini.
Ketika ini, Selangor Red Giants masih mendominasi liga dengan kutipan 8 mata, hasil 3 perlawanan yang dimainkan setakat minggu kedua kejohanan.