Mobile Legends
Team Secret gembira dapat curi mata daripada pasukan nombor 1 liga Gergasi Merah

KUALA LUMPUR – Debut pemain roamer simpanan Team Secret, Mior Amirul Asraf Mohammad Hafiz (Tenka) sememangnya memberikan satu nafas baru kepada Team Secret untuk terus bersaing dalam Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPL Malaysia) 2023.
Tenka berkata walaupun tewas 1-2 kepada Selangor Red Giants, dia tetap gembira apabila pasukannya sudah menemui momentum permainan.
“Saya gembira sebab Selangor Red Giants kini nombor satu di Malaysia.
“Kami jangkakan yang kami kalah tapi kami dapat juga satu mata.
“Saya mungkin dapat momentum dari game pertama, tapi tanpa rakan-rakan saya, saya tak boleh beraksi dengan baik,” kata Tenka.
Dia berkata demikian dalam satu sidang media, pasca perlawanan antara Team Secret dan Selangor Red Giants.
Pada semalam, Team Secret catat sejarah tersendiri apabila akhirnya berjaya meraih mata pertama di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia sepanjang penglibatan sejak musim ke-11.
Team Secret bagaimanapun tewas 1-2 kepada Selangor Red Giants.