Mobile Legends
Midlaner, Roamer baru akan sertai Team Secret – Coach Zico

KUALA LUMPUR – Persiapan menjelang minggu ketiga Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPL Malaysia) Musim Ke-12 2023, Team Secret bakal mempertaruhkan pemain-pemain baru, kata jurulatih pasukan, Coach Zico.
Menurut Zico, pemain-pemain itu dijangka akan bermain untuk posisi Roamer dan juga Midlaner.
“Kami sedang melakukan beberapa scrim (sesi ujian dan latihan) dengan pemain-pemain baru tersebut.
“Jika scrim itu berlangsung dengan baik, mereka akan bermain pada minggu ketiga nanti,” kata Zico.
Dia berkata demikian dalam satu sidang media pasca perlawanan Team Secret menentang Selangor Red Giants.
Team Secret bagaimanapun tewas 1-2 kepada Selangor Red Giants.
Sebelum ini, Team Secret dilihat mengalami beberapa kesukaran susulan ketiadaan midlanernya, ZaimSempoi, selepas melayakkan diri ke MPL.
Pasukan itu dilihat menukarkan posisi pemain jungler Maxx ke bahagian Midlaner dan meletakkan pemain Midlaner, Aim, di bahagian Roamer.
Hasil percaturan itu, Team Secret kalah dua kali berturut-turut pada permulaan liga.
Namun begitu, hasil pertukaran Roamer daripada Aim kepada Tenka, Team Secret mencatat sejarah tersendiri apabila akhirnya berjaya meraih mata pertama di MPL Malaysia sepanjang penglibatannya sejak musim ke-11.
Ketika ini, pasukan Selangor Red Giants masih mendominasi liga dengan kutipan 8 mata, hasil 3 perlawanan yang dimainkan setakat minggu kedua kejohanan.