Mobile Legends
Maxx akhirnya akan main Jungler?

KUALA LUMPUR – Peminat Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPL Malaysia) akhirnya mungkin dapat menyaksikan pemain Team Secret dari Indonesia, Maxwell Alessandro (Maxx) bermain sebagai posisi utamanya iaitu Jungler pada minggu hadapan.
Dalam satu sidang media, jurulatih Team Secret, Coach Zico mengesahkan perkara tersebut, memandangkan pihaknya dijangka akan merekrut pemain-pemain baru bagi posisi Roamer dan Midlaner.
“Ya,” jawab Coach Zico secara ringkas ketika ditanya media pada malam tadi, selepas tamat perlawanan antara Team Secret dan Selangor Red Giants.
Maxx ketika ini bermain di posisi Midlaner, menggantikan ZaimSempoi.
Dia sudah bermain di posisi itu selama tiga perlawanan berturut-turut sejak MPL Malaysia Musim Ke-12 bermula pada minggu lalu.
Walaupun dilihat sebagai pemain serba boleh untuk semua posisi, skil Maxx tampak lagi berbisa apabila dia diletakkan di bahagian Jungler.
Coach Zico sebelum ini turut menjelaskan yang pemindahan Maxx ke bahagian Jungler berbanding Aim adalah berikutan corak permainan individu yang sesuai untuk Team Secret.
Team Secret ketika ini berada di kedudukan nombor lapan liga selepas dua minggu MPL Malaysia bermula.
Pasukan itu akan bertemu dengan Team Lunatix pada minggu hadapan.